George Clooney Balas Budi 14 Rakan Karib Dengan Beri AS$1 Juta Seorang


George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.

Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Image result for George Clooney Once Gifted Close Friends $1 Million Each

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi kamu. Saya bernasib baik mengenali kamu semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa kamu. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik kamu. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.

Image result for George Clooney Once Gifted Close Friends $1 Million Each

Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.

Comments

comments



Sumber

قالب وردپرس

Cara Yang Berkesan Atasi Migrain Tanpa Ubat


Migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk, jika ianya menyerang sering disertai dengan mual, muntah dan juga menjadi sangat sensitif atau peka terhadap cahaya dan suara. Serangan migrain biasanya dirasakan hanya pada setengah bagian kepala.

Serangan migrain boleh menyebabkan kesakitan ketara yang berlanjutan dari beberapa jam ke berhari-hari lamanya. Kaum wanita lebih cenderung untuk mengalami migrain berbanding dengan kaum lelaki.

Ubatan-ubatan yang berlebihan diambil boleh menjejaskan kesihatan anda. Sebaiknya elakkan mengambil ubat-ubatan yang berlebihan untuk merawat migrain anda.

Punca migrain

Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan serangan migrain. Ia termasuk:

-perubahan hormon pada wanita. Wanita cenderung untuk alami serangan migrain ketika datang haid. Ini dikatakan berpunca dari perubahan paras estrogen di mana ia menjadi rendah ketika wanita datang haid.

– Makanan. Antara makanan yang boleh cetuskan migrain adalah keju (yang disimpan lama), makanan yang masin, makanan diproses, makanan berlemak dan coklat

– Bahan tambahan dalam makanan. Pemanis aspartame dan pengawet glutamat monosodium (MSG), yang terdapat dalam banyak makanan, boleh mencetuskan migrain.

– Minuman beralkohol terutamanya wine dan minuman tinggi kandungan kafein boleh mncetuskan migrain.

– Kurang atau terlebih tidur.

– Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan

– Tekanan emosi atau fizikal.

– Ubat-ubatan. pil perancang dan vasodilators, seperti GTN, boleh memburukkan migrain.

Cara atasi migrain

Walaupun pakar kesihatan tidak dapat menentukan dengan tepat punca serangan migrain, namun mereka memahami perubahan fisiologi yang berlaku apabila migrain menyerang. Apabila sel-sel saraf di dalam otak terangsang berlebihan, ia melepaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan bengkak dalam saluran darah di otak dan leher. Jadi, langkah terbaik untuk mengatasi migrain adalah dengan menangani isu ini.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan migrain.

Senaman

Untuk pesakit migrain, senaman adalah aktiviti fizikal yang dapat bantu melegakan migrain. Senaman ringan membantu mengurangkan ketegangan dan menghindari tekanan, iaitu pencetus kepada serangan migrain. Senaman juga mencetuskan pembebasan endorfin, yang bertindak sebagai sedatif ringan.

Elakkan senaman yang terlalu berat dan berlebihan. Ia boleh cetuskan migrain bukanlah mencegah atau mengurangkannya.

Magnesium

Dalam kebanyakan kajian, kekurangan magnesium dikaitkan dengan serangan migrain. Magnesium membantu merehatkan saraf dan otot serta menghantar impuls saraf di seluruh badan dan otak. Di samping itu, magnesium membantu menghalang saraf daripada menjadi terlebih teruja. Jadi, mineral ini sangat membantu dalam pencegahan dan pengurangan migrain.

Badan kita tidak menghasilkan magnesium. Untuk itu, kita perlu dapatkan keperluan yang mencukupi dari pemakanan harian dan juga makanan tambahan. Sumber makanan kaya dengan magnesium termasuk biji labu, bayam, Swiss Chard, salmon Alaska liar, halibut, biji bunga matahari, bijan, flaxseeds, Amaranth, quinoa, kacang soya, dan kacang hitam.

Vitamin B-kompleks

Vitamin B banyak terlibat dalam pembentukan neurotransmitter seperti serotonin, yang mungkin kurang pada orang yang mengalami migrain. Malangnya, ramai orang mempunyai paras vitamin B yang rendah dan ini menyebabkan kemerosotan tenaga, sel darah dan kesan adrenal yang tidak sihat, dan gejala-gejala sakit kepala.

Vitamin B-kompleks terdiri dari sekumpulan lapan vitamin larut air : thiamine, riboflavin (B2), niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, biotin dan asid Pantothenic. Kehadiran kesemua vitamin ini bersama-sama dapat meningkatkan sel-sel otak, peredaran darah, fungsi imun dan kesihatan kardiovaskular.

Kajian menunjukkan bahawa riboflavin boleh mengurangkan kekerapan dan tempoh migrain manakala vitamin B3 menenangkan sakit kepala vaskular dengan membuka saluran darah untuk meningkatkan aliran darah. Jadi, cuba amalkan vitamin B complex setiap hari, memandangkan manfaatnya sangat bagus untuk mengurangkan dan mencegah serangan migrain.

Asid lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 adalah bahan anti-radang yang banyak terdapat dalam sumber-sumber makanan, terutamanya ikan, kacang, dan benih. Satu kajian di Denmark yang telah melaporkan bahawa sebanyak87 peratus daripada pesakit migrain memberitahu keadaan migrain mereka menjadi semakin baik dengan pemgambilan suplemen omega-3 setiap hari.

Asid lemak Omega-3 melindungi sel-sel otak dan mengurangkan keradangan, yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan migrain. Di samping itu, omega-3 didapati bermanfaat dalam mengurangkan kekerapan dan tempoh sakit kepala migrain.

Kekal hidrat

Pengambilan air yang cukup dalam badan boleh bantu mengurangkan gejala migrain seperti sakit kepala. Cara yang mudah ini boleh bantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan sakit kepala.

Jadi, pastikan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Di samping itu, boleh tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air seperti timun, saderi, bayam, kobis bunga, tembikai, strawberi dan limau gedang.

Feverfew

Feverfew adalah sejenis herba yang digunakan secara meluas oleh pakar herba dan pengamal perubatan traditional cina untuk mencegah migrain dan sakit kepala.

Feverfew membantu mengurangkan rasa sakit berdenyut yang berkaitan dengan migrain dengan mengurangkan keradangan, terutamanya dalam saluran darah di dalam otak. Ia juga mempunyai kesan sampingan yang minimum. Ia boleh membantu melegakan rasa loya dan nak muntah pada penghidap migrain yang mengalami gejala-gejala tersebut.

Sumber: Webkesehatan.com



Sumber

قالب وردپرس

Lelaki Mudah Jatuh Cinta Pandang Pertama Berbanding Wanita – Kajian


Mungkin ada ramai diantara kita memang susah hendak melupakan cinta pertama. Kata orang cinta pertama yang mengajar erti cinta, dan cinta pertama juga mengajar erti sakitnya apabila cinta didustai.

Jika anda perasan, kebanyakkannya wanita yang terlalu obses dengan cinta pertama berbanding lelaki. Namun kajian baru-baru ini mengesahkan, antara lelaki dan wanita, kaum lelaki lebih mudah jatuh cinta pandang pertama berbanding wanita.

Mungkin ini adalah hanya satu kajian, sejauh mana kebenarannya? Kajian yang dilakukan oleh pakar Antropologi Biologi di Amerika Syarikat mengesahkan kenyataan tersebut.

Kajian yang dilakukan ke atas 80,000 orang di dunia mendedahkan 48 peratus lelaki lebih mudah jatuh cinta, pada pandangan pertama, tetapi wanita hanya 28 peratus.

Ini kerana kebanyakkan perempuan lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup, tidak semuda lelaki yang terlalu mudah untuk jatuh cinta. Menurut penyelidik, lelaki akan melihat fizikal wanita terlebih dahulu berbanding hati budi seseorang.

Wanita pula meletakkan fizikal sebagai pilihan kedua dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk memilih pasangan. Bagi mereka rupa dan harta bukanlah jaminan kebahagiaan.

Sumber: Hanasuva.com



Sumber

قالب وردپرس

‘Terima Kasih Suamiku’ – Surat Untuk Suami Tersayang


Sebagai seorang isteri, kadang kala anda terlepas pandang sesuatu yang dianggap remeh namun sebenarnya sangat perlu untuk anda luahkan pada suami anda, iaitu ucapan terima kasih.

Mungkin bagi seseorang ucapan terima kasih itu hanyalah sesuatu yang sangat remeh, tidak perlu diucapkan. Tetapi hanya dengan kata ucapan ‘terima kasih’ itu la yang akan memberi semangat kepada si suami untuk terus berjuang dalam mencari rezeki untuk anak isteri.

Tanya diri anda, berapa lama sudah usia perkahwinan anda, dan adakah anda pernah mengucapkan terima kasih kepada suami anda? Berapa kerap kah anda mengucapkan kata terima kasih atas pengorbanan suami terhadap keluarganya?

Memang benar pengorbanan suami tidak sebesar pengorbanan seorang isteri melahirkan anak-anak dan menguruskan keluarga, namun suami adalah ketua keluarga, segala dosa dan pahala anak dan isteri di bahunya. Ianya tidak terlihat, namun itulah ‘beban’ yang paling berat yang perlu ditanggumg seorang suami.

Baca dan hayati isi kandungan surat berikut ini.

Surat untuk suami tersayang

Buat suamiku yang tersayang,

Sengaja saya tulis surat untuk suami tersayang ini kerana saya ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada awak. Satu malam, selepas selesai bagi anak-anak tidur, saya terduduk kepenatan di sofa. Saya mengeluh.

Satu hari ini saya asyik berdiri, tak sempat nak duduk pun. Berlari ke sana sini menguruskan anak-anak. Dan saya sangat penat, suamiku.

Sangat penat sampai saya tak perasan yang awak belai rambut saya lembut ketika awak nak ke dapur tadi. Saya sangat penat sampai saya tak senyum balik pun dekat awak ketika awak bawa balik teh hijau kegemaran saya.

Ketika saya nak tertidur, ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Dan benda itu asyik melekat dalam otak saya. Sejak saya jadi seorang ibu, jarang saya sebut “terima kasih” pada awak.

Ucapan terima kasih kerana bekerja keras untuk bela saya dan anak-anak kita. Ucapan terima kasih kerana menjalankan tugas awak sebagai bapa terbaik.

Jadi, di sini saya nak ucapnya. Terima kasih, suamiku tersayang.

Surat untuk suami tersayang – terima kasih untuk segala-galanya, abang!

Terima kasih kerana bagi saya berehat sekejap pada hujung minggu. Bila saya bangun tidur, awak sudah bagi anak-anak makan, mandi dan masakan awak sedap sekali! Anak-anak pun puji masakan bapa mereka.

Terima kasih sebab awak penat-penat balik dari kerja dan dengar saya membebel tentang semua perkara. Walaupun awak tak perlu tahu secara terperinci bagaimana anak kecil kita muntah tadi, tapi awak tetap dengar semua cerita saya.

Terima kasih kerana tahu kadang-kadang betapa saya stres nak uruskan anak dan kemas rumah dalam masa yang sama. Geram betul saya waktu saya hantar anak ke sekolah semalam, ada kereta follow saya dari belakang rapat sangat!

Terima kasih sebab urut badan saya yang sakit semalam. Awak tak tahu betapa saya sangat memerlukan urutan yang boleh melegakan rasa sakit ini.

Kadang-kadang apabila saya membebel dan marah-marah, saya selalu lupa yang awak juga bangun awal pagi nak ke tempat kerja. Awak juga sibuk ambil tahu tentang anak-anak.

surat untuk suami tersayang

Malah, awak mungkin bekerja lebih keras berbanding saya! Lepas awak balik kerja, cepat-cepat awak makan dan mandi semata-mata sebab nak bersembang dengan saya dan anak-anak.

Surat untuk suami tersayang yang amat istimewa dalam keluarga ini
Awak tak pernah halang saya nak keluar, atau nak balik ke rumah mak saya di kampung. Kadang-kadang saya fikir, bertuah sungguh saya dapat awak sebagai suami!

Terima kasih kerana awak sanggup dengar segala arahan saya tentang “bagaimana nak jaga anak-anak kita” setiap hari. Kadang-kadang mungkin 2 kali sehari.

Dan awak tak pernah call saya merungut-rungut kata awak melalui hari yang teruk dekat pejabat. Atau ketika awak kena layan si kecil kita mengamuk ketika awak tengah on call dengan bos.

Awak hanya akan call saya untuk pastikan saya okay. Jadi, terima kasih sayang.

Awak selalu cakap pada anak-anak, mereka bertuah sebab ada ibu seperti saya. Tapi saya juga sepatutnya cakap pada anak-anak, mereka juga bertuah sebab ada bapa seperti awak. Sangat bertuah!

Jadi sayang, terima kasih untuk segala-galanya,

Ikhlas dari isteri yang menyayangimu.

Bila kali terakhir anda mengucapkan terima kasih pada suami anda? Mari sama-sama kita menunjukkan penghargaan kita pada mereka pula. Mereka juga berusaha keras untuk jadi suami dan bapa terbaik buat kita sekeluarga. ”

Sumber: My.theasianparent.com



Sumber

قالب وردپرس

‘Saya Pun Tak Faham Kenapa Lelaki Takut Hendak Dekat Dengan Saya’ – Neelofa


Neelofa bukanlah satu nama yang asing dalam bidang seni lakonan mahupun dalam bidang pengacaraan. Memiliki personaliti yang menarik dan rupa paras yang sangat cantik membuatkan dia susah didekati oleh lelaki.

Kalau sebelum ini, Forbes meletakkannya sebagai 30 ikon paling berjaya di Asia. Baru-baru ini sekali lagi dia mencipta nama apabila Air Asia telah melantiknya sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.

Baru-baru ini, Neelofa telah diaju beberapa soalan. Antara yang menarik perhatian netizen adalah trivia mengenai Neelofa. Soalan akhir itu paling mencabar untuk dijawab Neelofa. Ianya satu soalan yang cukup ‘mencabar’ buat Neelofa apabila terlalu susah untuk lelaki mendekati beliau.

5 ‘trivia’ mengenai Neelofa yang anda perlu tahu,

Apa benda paling ‘weird’ yang fans pernah buat untuk Lofa?

Bukan weird, tapi effort bila ada satu fans ada hadiahkan satu Al Quran besar. Dalam itu dia siap tanda setiap surah dan ayat terpilih dengan maksudnya bagaimana untuk amalkan. Siap bagi column, untuk zikir..untuk sakit. Boleh dikatakan dia siap bagi tag untuk saya practise.

Apa benda pertama yang attract Lofa?

Saya suka bau. Kalau sesiapa orang yang sekeliling saya yang pakai, saya cepat tertarik.

Apa favourite song?

Havana

Annoying habit?

Suka gedik kaki, suka take time before nak mandi. And also habit Lofa tak suka, once you in sosial media.You cannot stop quit and do something else.

Apabila lelaki takut untuk mendekati Lofa?

Saya pun tak faham kenapa nak takut? Sometimes saya rasa..of course Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu. Tapi as long you kena yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri..Saya rasa ianya bagus untuk mendekati sesiapa sahaja

Antara komen netizen apabila mendengar jawapan dari Neelofa

Menjadi artis yang disegani sememangnya bukan perkara mudah, pasti ada saja yang tidak kena. Malah netizen lebih suka mencari kesalahan berbanding kebaikan.

Moga sentiasa sakses dan berjaya dalam hidup.

Sumber: Ohbulan.com



Sumber

قالب وردپرس

Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri


Manusia semakin lama semakin kejam. Setiap hari ada sahaja kes-kes diluar jangkauan yang melibatkan ahli keluarga sendiri. Jika kes liwat, rogol melibatkan ahli keluarga itu sepertinya sudah biasa didengari.

Begitu juga dengan kes penderaan. Ibu bapa mendera anak, datuk dan nenek mendera cucu, seolah-olah tiada nilainya perhubungan kekeluargaan itu sendiri

Seperti kes yang hendak dikongsikan ini, seorang datuk bertindak kejam kepada cucunya sendiri apabila sanggup membiarkan kemaluan cucunya digigit oleh monyet belaannya hanya kerana berang cucunya mencuri duitnya.

Memetik laporan portal berita Tribunnews, kejadian berlaku di Desa Brambang, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia di mana kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis yang kini giat mencari bukti.

Berdasarkan video, kanak-kanak malang itu ditelanjangkan sebelum lelaki tersebut memegang tangannya dan membiarkan monyet peliharaannya mengigiti kemaluan kanak-kanak itu selain beberapa kawasan tubuh badannya sambil berulang-ulang kali meraung meminta maaf dan menahan sakit.

Menurut pihak Polis Kota Pasuruan, AKBP Rizal Martomo, pihak mereka kini belum mengeluarkan laporan siasatan kerana masih menyiasat kejadian ini.

“Kalau memang ditemukan minimal dua alat bukti, maka bukan tidak mungkin statusnya akan dinaikkan. Saat ini, kami sedang melanjutkan pemeriksaan.”

“Kondisi kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan trauma, Kami juga sedang memberikan rawatan kepadanya dan semalam mangsa turut menjalani perubatan dan kita tunggu hasilnya nanti,” jelas Rizal.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana untuk mengajar kanak-kanak itu agar tidak menjadi nakal lagi selepas ini.

“Katanya sih dia (terlapor) ingin memberikan pembelajaran(pengajaran) kepada cucunya yang sudah mencuri uangnya Rp 50.000(RM14) tapi, memberikan pelajaran itu tidak harus dengan cara kekerasan seperti itu,” terangnya.

Sekadar diketahui, pemeriksaan itu bermula dari laporan masyarakat yang menyatakan ada datuk yang nekad menganiaya cucunya sendiri menggunakan binatang di mana ada seorang penduduk tempatan merakam aksi itu sebelum memuatnaiknya ke Facebook.

Kisah ini menjadi bualan ramai selepas sebuah video yang berdurasi kira-kira 6 minit 50 saat menjadi tular di sana dan menimbulkan rasa marah penduduk tempatan.

Sumber: Siakapkeli.my



Sumber

قالب وردپرس

Pemakaian Yang Salah Ketika Hadiri Temuduga Faktor Permohonan Ditolak


Belajar sampai ke universiti, ada degree dan diploma tapi masih gagal dalam temuduga. Ada yang sudah berusaha dan melakukannya sebaik mungkin, menghadiri ratusan temuduga namun masih juga gagal. Pernahkah anda terfikirkan mengapa anda tidak terpilih?

Bukan hanya pengetahuan anda yang harus diambil berat, terdapat banyak aspek yang dinilai oleh ahli panel penemuduga selain kelayakkan anda. Soal etika pemakaian, bahasa badan dan komunikasi juga turut diambil kira dalam setiap sesi temuduga.

Melainkan anda memang betul-betul bagus, kalau anda ada buat kesalahan seperti yang disenaraikan oleh Muhammad Al Fatihee ini, memang susah la anda nak dapat kerja terutama di sektor awam. Nak tahu apa kesalahan tersebut, jom baca perkongsiannya di bawah.

Tragedi di SPA

Pengajaran untuk SEMUA Pembaca. Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam orang kampung gitu. Hehe.

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M. Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi! Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

Lelaki

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi

2. Terlupa bawa Tie

3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee

4. Seluar Slack / Kasut Futsal

5. Rambut Tak Kemas

6. Tak Pakai Stokin

7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK

8. Susunan Sijil yang salah

9. Tali pinggang tak pakai

10. Jam Getah

Perempuan

1. Kaca Mata Honeymoon

2. Tudung singkat

3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga

4. Tumit kasut tinggi sangat. Hehe

5. Baju Kurung pergi kenduri

6. Mekap Tebal

7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?

Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”

Adakah mereka buat tak endah semasa di universiti?

Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.

Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua calon Temuduga 2018

Moga sesiapa yang hendak mengahdiri temuduga akan jadikan ilmu ini sebagai rujukan. Selamat berjaya!

Sumber: Facebook/Muhammad Al Fatihee



Sumber

قالب وردپرس

‘Saya Pernah Ada Cyst Empat Kilogram’ – Siti Elizad


Jika baru-baru ini tular di Instagram dan juga Facebook pelakon dan pelawak terkenal Zulin Aziz memuat naik gambarnya yang dikatakan ada cyst dibahagian perutnya, pelakon cantik dan terkenal Siti Elizad mendedahkan beliau juga pernah mengalami ketumbuhan cyst seberat empat kilogram dalam perutnya sebelum menjalani pembedahan dua tahun lalu.

Serba sedikit berkenaan cyst,

Cyst ada pelbagai jenis dan boleh berlaku dimana-mana bahagia tubuh manusia. Tapi yang selalu berlaku kepada wanita ialah Ovarian Cyst atau Sista Ovari. Ovarian Cyst juga terdapat dalam pelbagai jenis.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

Namun, Elizad, 33, berkata, ketumbuhan sama sebesar telur dikesan semula dalam perutnya tahun lalu.

“Bagi kes terbaru ini, saya belum buat pembedahan kerana terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya hanya mengamalkan makanan organik sebagai langkah untuk mengurangkan pembesaran ketumbuhan ini.

“Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, cyst mengecut. Diakui perkara ini berpunca daripada faktor pemakanan harian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elizad, ketumbuhan yang dialami juga antara faktor dia sukar hamil.

“Saya difahamkan cyst ini antara punca saya lambat hamil. Saya ada mencadangkan kepada doktor yang mana ingin membuang ketumbuhan ini sekiranya saya diberikan rezeki hamil dan apabila bersalin, cyst dikeluarkan sekali.

“Memang sedikit tertekan. Malah ketumbuhan ini membuatkan seseorang cepat loya,” katanya.

Pada masa sama, Elizad turut membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengesan sebarang penyakit seperti barah.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik. Setiap kali menunggu hasil pemeriksaan doktor, saya pasti takut.

“Bimbang juga jika hasilnya positif. Sekarang ini semua orang mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, cara terbaik adalah berhati-hati dalam soal pemakanan,” katanya.

Sumber: Hmetro.com.my



Sumber

قالب وردپرس

‘Nasib Saya Sudah Tahu Apa Nak Cakap’ – Fahrin Ahmad Beri Penjelasan Berkaitan Fattah Amin Tidak Hadir Ke Rancangan Meletop


Telah heboh di laman sosial apabila Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila beliau dikecam dan dianggap tidak professional kerana dikhabarkan tidak muncul pada rancangan Meletop.

Rata-rata netizen mengecam Fattah Amin, mengatakan bahawa Fattah Amin masih tidak ‘move on’ dengan kisah cintanya bersama Neelofa dan tidak sanggup berhadapan dengan Neelofa.

Namun, pihak pengurusan Fattah Amin tampil menafikan dakwaan dan menegaskan pihak luar tidak patut membuat andaian sendiri.

Menerusi laporan mStar Online, Fahrin Ahmad selaku rakan jemputan di rancangan tersebut memberitahu dia sendiri tidak sedar Fattah hilang.

Fahrin juga mengatakan bahawa dia tidak sedar Fattah Amin menghilangkan diri.

Fahrin Ahmad menerusi mStar Online memberitahu dia sendiri hanya sedar ketiadaan Fattah sebaik sahaja dia naik ke pentas. Pada awalnya dia dan Fattah dimaklumkan mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa ada pengacara namun plan ditukar pada saat-saat akhir.

“Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpinga-pinga kemana dia menghilang secara tiba-tiba.”

Nasib baik saya dah tahu apa nak cakap

Tambah Fahrin lagi, di lokasi yang sama dia dan Fattah Amin terlebih dahulu telah mempromosikan drama My Coffee Prince untuk program Hlive!

Mujur Fahrin seorang yang berpengalaman, jadi dia mampu mengendalikan situasi berkenaan walaupun bersendirian. Menurut Fahrin lagi, sehingga kini, Fattah Amin tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu..

Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya.

Sumber: Mstar.com.my



Sumber

قالب وردپرس

“Bahaya Ibu Mengandung Tunjuk Baby Bump, Takut Ada Lelaki Yang Bernafsu” – Farah Abd Halim


Sudah lumrah sebagai seorang wanita, apabila ada saja yang menarik perhatiannya ataupun sesuatu yang menggembirakannya, mereka lebih suka meluahkannya berbanding memendam. Apatah lagi apabila sekarang ini serba mudah, ada aplikasi whatsapp, Wechat, mahupun Facebook. Segalanya diluahkan. Bukan sahaja perkara-perkara yang menyedihkan, malah rasa gembira.

Ada dikalangan mereka jadikan akaun Facebook sebagai ‘diari’ harian, segalanya dikongsikan. Sepertinya sudah tiada rahsia lagi. Itu sebenarnya sangat bahaya, kerana yang melihat status anda itu bukan hanya saudara mara, malah orang luar yang kita tidak tahu baik buruknya perangai mereka.

Antara lainnya ialah perkongsian tentang kehamilan. Ada sesetangah ibu sangat suka berkongsi tentang zuriat, malah sehinggakan ada yang sanggup berkongsi gambar baby bump.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Abd Halim telah berkonsgi info yang sangat baik untuk para wanita di luar sana terutamnya yang sedang mengandung supaya berfikir terlebih daulu sebelum berkongsi gambar baby bump di media sosial. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

“Hai, kepada semua yang pregnant tu, tak perlu la post gambar perut korang yang memboyot tu ok. Cuba google apa tu MAESOPHILIA. Sejenis manusia yang bernafsu tengok perempuan-perempuan mengandung / gambar bump korang. Diorang ni ada group di page, whatsapp wechat dan lain-lain lagi.

Siap kumpul gambar-gambar perempuan-perempuan mengandung yang post di media sosial ni. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan baby bump tu, simpan / sorok selagi boleh sebab tu kan aurat juga. Malu kalau orang lain tengok. Mata-mata yang memandang tak sama, dalam akal diorang mcm-macam yang dibayangkan.

Take note la semua, kurangkan / tak perlu update langsung ok. Nasihat pada semua kaum wanita termasuk diri saya sendiri.”

Jangan berkongsi segala maklumat anda di laman sosial, ini kerana anda tidak tahu jika ada yang mahu mengambil kesempatan pada anda. Jangan sesekali berkongsi dimana lokasi anda berada, alamat rumah, berapa orang yang berada dirumah bersama anda, ataupun permasalahan dalam keluarga. Ini kerana ramai yang lebih suka melihat kesedihan kita berbanding kegembiraan.

Sumber: Siakapkeli.my



Sumber

قالب وردپرس