Kanak-kanak berusia 9 Tahun memohon untuk jawatan Pegawai Perlindungan Planetarium di NASA

Kanak-kanak berusia 9 Tahun memohon untuk jawatan Pegawai Perlindungan Planetarium NASA

Pengumuman kerja terbaru NASA untuk Pegawai Perlindungan Planetarium telah menarik perhatian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun untuk memohon sebagai penjaga bumi dari ancaman makhluk asing.


Jack Davis, pelajar kelas empat dari New Jersey yang mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai “Guardian of the Galaxy”, akhir-akhir ini menghantar surat kepada NASA yang menyatakan rasa ingin bekerja di tempat yang membayar RM 66,600 sebulan itu.

 

Kanak-kanak berusia 9 Tahun memohon untuk jawatan Pegawai Perlindungan Planetarium di NASA
Kredit Gambar : 9gag


“Saya mungkin cuma berusia 9 tahun tetapi saya rasa saya berpadanan dengan pekerjaan itu. Salah satu sebabnya adalah kakak saya mengatakan saya seorang makhluk asing. Selain itu, saya telah melihat hampir semua filem-filem makhluk asing, Kata Jack dalam surat bertulis tangannya, yang dikongsi NASA dalam tweet pada hari Jumaat lepas.


“Saya juga melihat rancangan televisyen “Marvel Agent of Shield” sekarang dan berharap dapat melihat filem “Man in Black”, jelasnya, termasuk bahawa dia hebat dalam permainan video video dan pelajar yang pintar. “Saya lebih muda, jadi saya boleh belajar untuk berfikir seperti orang makhluk asing”.

Pengarah Planetary science, Jim Green memberi respons kepada Davis dengan menulis surat susulan.
“Saya mendengar anda seorang ‘Guardian of the Galaxy’ dan berminat menjadi Pegawai Keselamatan Planetarium. Itu bagus!” dia menulis. “Pegawai Keselamatan Planet Bumi kami diakui “cool” dan merupakan kerja penting. Ini adalah mengenai mempertahankan bumi daripada mikrob kecil apabila kami membawa pulang sampel dari Bulan, asteroid dan Marikh.”
Beliau berkata, “Kami sentiasa mencari saintis dan jurutera yang pintar untuk membantu kami, jadi saya harap anda belajar dengan rajin dan memperoleh keputusan yang baik disekolah. Kami berharap dapat melihat anda di NASA pada hari akan datang.

Kanak-kanak berusia 9 Tahun memohon untuk jawatan Pegawai Perlindungan Planetarium di NASA