TERKINI: Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Tanpa Tayar Selepas 6 Jam Berlegar


Labuan: Sebuah pesawat angkut jenis C130 Hercules milik tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengalami detik cemas sebelum berjaya membuat pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan di kekaki pesawat kira-kira jam 5.15 petang sebentar tadi.

Pesawat berkenaan dilaporkan terpaksa berlegar-legar di ruang udara selama enam jam untuk membakar minyak di udara terlebih dahulu untuk mengurangkan berat dan risiko semasa mendarat sebelum berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika ini landasan lapangan terbang terpaksa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

Siakapkeli.my



Sumber

قالب وردپرس

Dunia Akan Berakhir Esok? Ahli Teori Konspirasi Dakwa Planet Nabiru Akan Sebabkan Gempa Bumi Paling Dasyat Berlaku


Pengamal teori konspirasi sekali lagi meramalkan bahawa Bumi akan binasa, kali ini berpunca daripada sebuah planet yang diberi nama Nibiru.

Sebelum ini, seorang ahli numerologi, David Meade mendakwa bahawa planet Nibiru akan melanggar Bumi pada 23 September yang lalu.

Namun selepas tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut, planet Nibiru sekali lagi menjadi mangsa apabila ahli teori konspirasi mendakwa bahawa planet tersebut bakal mencetuskan gempa bumi dahsyat yang menyebabkan kiamat melanda Bumi Ahad ini, 19 November.

Walau bagaimanapun khabar angin tersebut disangkal oleh saintis di National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang mendakwa planet tersebut tidak mungkin wujud.

Dr David Morrison, seorang ahli astronomi di Pusat Penyelidikan NASA Ames berkta, jika planet tersebut menghampiri sistem solar, ia akan mengganggu keseluruhan planet yang ada malah boleh ”melepaskan bulan dari orbit bumi”.

Pengamal Teori Konspirasi yang percaya dengan kewujudan planet Nibiru mendakwa bahawa NASA bersubahat dalam menyembunyikan kebenaran daripada orang ramai sedangkan ”kumpulan elit” dunia sudah pun lari menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bunker rahsia bawah tanah.

Menurut Pengamal Teori Konspirasi ini, planet Nibiru atau Planet X adalah sebuah planet yang terletak di hujung sistem solar yang mengorbit Matahari setiap 3600 tahun.

Mereka percaya bahawa graviti planet tersebut telah mengganggu aktiviti-aktiviti palanet lain beratus-ratus tahun dahulu ketika planet tersebut mengorbit matahari.

Mereka mendakwa lagi bahawa gangguan tersebut boleh mengganggu Bumi pada bila-bila sahaja dengan meramalkan sama ada planet tersebut akan berlanggar dengan bumi atau mencetuskan bala bencana kiamat.

”Jika objek sebesar planet menghampiri sistem solar kita, gravitinya pasti akan mengganggu orbit planet-planet lain yang ada. Malah kita dapat mengesannya jauh lebih awal sebelum ia sempat sampai ke bumi.


”Orbit planet-planet sangat terkawal, dan jika ada planet asing yang menghampiri sistem solar terutama melalui bahagian dalam sistem solar, semuanya akan kacau bilau. Planet-planet ini tidak lagi teratur.


”Bulan sudah pasti tidak lagi mengorbit bumi, dan itu tidak berlaku”, kata Dr Morrison lagi.

Dr Morrison bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk berhujah mengenai planet Nibiru kerana planet tersebut tidak wujud.

Nibiru menjadi subjek tumpuan untuk didebatkan oleh ahli Teori Konspirasi sejak 20 tahun yang lalu. Teori terkini yang mengatakan Bumi akan hancur esok hari mula muncul di laman web Planetxnews.com.

Sekumpulan ahli Teori Konspirasi yang beroperasi di sebalik laman web tersebut mengaitkan kejadian tersebut dengan deretan peristiwa bencana alam yang melanda Bumi sejak kebelakangan ini antaranya kejadian letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Mereka mendakwa bahawa bencana tersebut berlaku akibat tarikan graviti Nibiru dan bilangan kes bencana yang berlaku semakin bertambah disebabkan planet tersebut semakin menghampiri Bumi.

”Aktiviti seismik global sampai kemuncaknya pada dua minggu kedua November menuju ke Disember”, dakwa salah seorang penulis laman tersebut, Terral Croft.

”Gempa bumi diramal akan berlaku pada 19 November ini”, katanya lagi.

September lalu, NASA terpaksa mengeluarkan satu kenyataan penafian mengenai kewujudan planet Nibiru setelah tersebarnya khabar angin mengenai kedatangan kiamat dalam masa terdekat.

”Planet Nibiru yang diperkatakan itu, tidak wujud.


”Nibiru dan pelbagai kisah lain mengenainya hanyalah sensasi internet. Tiada asas kukuh untuk menyokong dakwaan itu (kiamat Nibiru)”, kata NASA dalam kenyataan tersebut.

”Sekiranya Nibiru atau Planet X ini menghampiri bumi, ahli astronomi sudah pasti dapat mengesannya sekurang-kurangnya sejak sedekad lalu. Malah, ketika ini ia sudah pasti dapat dilihat jelas dengan mata kasar.


”Sudah jelas, ia tidak wujud”, kata NASA lagi.

Selepas ramalannya disanggah oleh NASA dan 23 September berlalu tanpa sebarang kejadian, David Meade yang juga penulis di laman web tersebut tampil memberi penjelasan dengan mendakwa bahawa kiamat telah ditangguhkan dan tidak pernah diramal akan melanda Bumi pada tarikh tersebut.

David Meade

Dia sebaliknya mendakwa bahawa tarikh tersebut adalah pemulaan kepada pengakhiran, bukannya tarikh pengakhiran.

Walaupun kekurangan bukti, namun masih ramai yang mempercayai bahwa planet Nibiru sebenarnya wujud hingga memaksa komuniti sains memberi penjelasan berulang kali untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Sumber : Daily Mail



Sumber

قالب وردپرس

Kami Bukan Warga Asing Seperti Dalam Berita, Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami – Afiqah Ismail


Dua beranak kesal apabila dikatakan kedai yang diusahakan mereka didakwa disewakan kepada warga asing di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, perkhabaran itu sampai ke pengetahuan mereka apabila terdapat sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.

Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.

Jelas Afiqah Ismail 29, pihaknya menafikan dakwaan tersebut kerana dia dan ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dia telah dilahirkan di Kluang Johor, manakala ibunya berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?

“Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini,” katanya.

Akan tetapi, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang 

Kenyataan tersebut mampu membuat perniagaan mereka terjejas kerana mereka sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita. 


“Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga,” tegasnya.

Disamping itu, dia meminta  akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.

“Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

Sumber – mStar



Sumber

قالب وردپرس

”Allah..Umi..Abah”, Ucapan Pertama Pelajar Tahfiz Selepas 168 Hari Koma




”Allah..Umi..Abah”.

Tiga kalimah itulah yang pertama keluar dari mulut pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 17, selepas 168 hari terlantar di hospital.

Mohd. Izahar Kassim, 49, berkata secara tiba-tiba sahaja mereka mendengar anak kedua daripada lima beradik itu memanggilnya dan isterinya, Jahsuriawany Mustapha, 45, awal pagi semalam.

“Syukur sangat-sangat kerana sudah lama kami sekeluarga menunggu untuk dengar suara Faiz, sejak sedarkan diri awal Julai lalu dia sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.


“Walaupun tidak boleh bercakap sempurna lagi dan hanya kedengaran bunyi yang perlahan, kami anggap ia sebagai hadiah tidak ternilai,” katanya lagi.

Mohd Izahar turut menambah bahawa sudah lebih dari lima bulan anaknya dirawat dihopital dan semalam adalah kali pertama mereka mendengar suaranya berulang kali menyebut nama Allah selain memanggil umi dan abah.

Muhammad Faiz adalah antara tujuh mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini.

Pada 2 Jun lalu, Muhammad Faiz bersama-sama 14 orang lari pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al-Hashimi terlinat dalam kemalangan selepas bas yang dinaiki mereka terbebas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai yang mengorbankan 7 nyawa.

Mereka yang terkorban adalah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 ; Sarifuddin Muhammad, 14; Ahmad Farhan Zul­kif­li, 14 dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.

Akibat kemalangan tersebut, Muhammad Faiz mengalamai kecederaan pendarahan dalam kepala dan  patah dua tempat di bahagian tulang belakang hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan skru.

Sumber : Kosmo Online



Sumber

قالب وردپرس

”Dahlah Fitnah, Bodoh Pula, Saya Tak pernah Sebut Kenyataan Itu,” Menteri Lapor SKMM Info Grafik Berunsur Fitnah Guna Namanya


Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui akaun twitternya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Selain memberitahu bahawa tiada keperluan untuk dia mengulas mengenai isu harga minyak kerana bukan berada di bawah tugas kementeriannya, Ahmad Maslan turut menyatakan bahawa kenaikkan harga minyak bukan ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya ia bergantung kepada harga minyak dunia.



“Info grafik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 


“Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan,” katanya melalui kemas kini di twitter.

Dalam satu kemas kini yang lain pula, Ahmada Maslan turut memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (SKMM) supaya mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah tersebut.



“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis. Kita mesti perangi fitnah media sosial, semak sebelum sebar dan fikir sebelum tular. 


“Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan,” katanya.

Info grafik tersebut mula tersebar dalam media sosial dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pengguna selepas peningkatan harga minyak selama lima minggu berturut-turut.

Rabu lalu, harga runcit minyak petrol dan diesel diumumkan naik lima hingga tujuh sen dari harga minggu sebelumnya.

Harga runcit bagi RON 97 adalah RM 2.66 (naik 6 sen), RON 95 adalah RM 2.38 (naik 7 sen) dan Diesel adalah RM 2.25 (naik 5 sen).

Sumber : mStar





Sumber

قالب وردپرس

Sebelah Kanan Adalah Otak Kanak-Kanak Kurang Kasih Sayang Dan Sentuhan Ibu Bapa


Anak-anak sememangnya memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Mereka akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Mungkin sesetengah ibu bapa terlalu sibuk sehingga kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

Anak-anak memerlukan perhatian, belaian dan kasih sayang yang secukupnya. Kekurangan perhatian dan kasih sayang ini mampu membuat mereka tidak mampu membesar dengan sihat.

Berdasarkan perkongsian Taufiq Razif, terdapat perbezaan tumbesaran otak kanak-kanak yang mendapat perhatian berbanding dengan kurang mendapat perhatian.

Dasyatnya Kesan Pada Otak Jika Anak Selalu Diabaikan!


Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.


Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!


Nak anak bijak dan sihat otaknya?


Balik rumah nanti terus :

  • Peluk anak
  • Bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
  • Gosok ubun-ubun anak
  • Tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
  • Tutup TV dan banyakkan bermain bersama
  • Banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
  • Banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
  • selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka

Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!

Sila ke Telegram Channel ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif saya supaya tak terlepas ilmu parenting yang lebih penting ye.

Memetik laporan Ahli neurologi, profesor Allan Schore dari UCLA menegaskan perkembangan sel otak berkait rapat dengan kesan interaksi diantara penjaga (ibu bapa).

Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa interaksi yang positif akan menggalakkan perkembangan otak yang lebih responsif dan sihat.

Kekangan pertumbuhan otak yang disebabkan oleh pengabaian dan pelbagai jenis penderaan bergantung kepada beberapa perkara.

Lebih teruk penderaan dan pengabaian tersebut, maka lebih teruklah kerosakan pada otak.

80 peratus sel otak dibentuk dua tahun pertama selepas dilahirkan. Jika pertumbuhan tersebut diganggu, maka kerosakannya akan menjadi kekal.

Sumber – Taufiq Razif, The Telegraph



Sumber

قالب وردپرس

Shahir Masih Mengigau Setiap Malam, Seolah-olah Mahu Lari Dari Katil – Ibu


Kuala Lumpur:  Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat menjelaskan anaknya sering terjaga di tengah malam kerana mengalami trauma yang mendalam selepas tragedi itu.

“Setiap malam jam 1 hingga 3 pagi anak saya akan mengigau dan seolah-olah mahu lari daripada katilnya akibat masih trauma. Dia kini dalam rawatan dengan pakar psikiatri akibat trauma keterlaluan kerana tragedi kebakaran itu,” kata Datin Nor Faizah Arifshah, 43, ibu kepada Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Muhammad Shahir antara enam pelajar yang terselemat dalam tragedi yang mengorbankan nyawa 21 rakan dan dua orang gurunya yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Menurut Nor Faizah, anaknya yang melecur 20 peratus dibahagian belakang dan tulang rusuk patah sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini anak saya kerap mengigau dan menangis setiap kali tidur malam menyebabkan kami terpaksa menghantarnya mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri.


“Doktor mengesahkan anak mengalami trauma terlalu dalam akibat tragedi itu. Setiap malam dia mengigau seperti mahu lari daripada katil menyebabkan saya kena memeluknya serta menenangkan dengan perkataan ‘adik dah selamat, umi ada sebelah”, katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Nor Faizah berkata, bagaimanapun, anaknya tidak serik dan masih ingin meneruskan pengajian di pusat tahfiz itu yang akan mula beroperasi bulan depan.

“Ketika doktor meminta anak meluahkan perasaannya bagi mengurangkan trauma, dia hanya mahu berjumpa ustaz di pusat tahfiz berkenaan dan saya faham mungkin dia lebih selesa dan memerlukan sokongan daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan, pihaknya bersyukur kerana 15 pelajar terselamat sudah menyatakan persetujuan untuk meneruskan pengajian di pusat berkenaan dijangka awal bulan depan.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang masih yakin dengan kami dan menyatakan persetujuan menghantar anak mereka untuk diasuh sempurna dengan kalimah suci Allah SWT.


“Malah, kita juga menerima 100 permohonan baru daripada pelajar untuk memasuki pusat tahfiz ini tetapi kami perlu melakukan temu duga terlebih dulu. Berdasarkan kapasiti bangunan baru hanya mampu menempatkan 60 pelajar saja,” katanya.

Jelasnya, bangunan baru itu masih dalam proses penambahbaikan mengikut garis panduan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Proses ubah suai mungkin memakan masa antara dua hingga tiga bulan namun kami sudah mempunyai penempatan sementara untuk pelajar ini.


“Bangunan lama yang terbakar juga akan diubah suai untuk dijadikan pusat pengajian kitab turath. Doakan semoga semua usaha kami ini dirahmati Allah,” katanya.

Sumber- Harian Metro



Sumber

قالب وردپرس

Semua Permain Kelantan Wajib Tutup Aurat – Bibi Ramjani


KELANTAN yang akan beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan mewajibkan kesemua pemain menutup aurat semasa beraktiviti sukan.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan, peraturan terbaru tersebut adalah untuk menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan.

“Bagi memastikan hasrat ini tercapai, penaja jersi Kelantan musim depan, Al-Ikhsan akan bertanggungjawab menyediakan pakaian menutup aurat termasuk kepada pemain import nanti.


“Ini  salah satu pembaharuan  pasukan dan saya fikir apabila tampil dengan imej patuh syariah selepas ini, ia jadi kebanggaan bukan sahaja pemain tetapi negeri ini,” katanya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

The Red Warrior bakal menjadi pasukan kedua yang mewajibkan semua pemain menutup aurat kerana sebelum ini kelab bola sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar raya Islam- Urus setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UbeS) FC yang beraksi Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi pasukan pertama di negara ini mempraktikkan dasar patuh syariah itu.

Jelas Bibi Ramjani, selain skuad senior  kempen Liga Super, peraturan itu tidak terkecuali diguna pakai pasukan Piala Belia, Piala Presiden selain skuad futsal lelaki dan wanita Kelantan.

Bibi Ramjani turut umumkan, The Red Warriors mendapat tajaan syarikat pelancongan, Al-Quds Travel Sdn BHD selepas Al-Ikhsan.

Sumber- Sinar Harian



Sumber

قالب وردپرس

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan, Culik Bayi Demi Lengkapkan Lakonan Dia ‘Mengadung’


Seorang wanita dari New York, Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan atas jenayah menculik dan membunuh dalam kes pembunuhan sahabat baiknya yang sedang hamil selain turut membelah perut mangsa dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun pada Rabu lalu oleh mahkamah.

Ashleigh Wade, 24, dituduh membunuh rakan yang dikenali sejak kecil itu Angelikque Sutton, 22, pada November tahun 2015. Ketika kejadian, Sutton dipercayai dalam perjalanan untuk ke majlis pernikahan dengan tunangnya, Patrick Bradley sebelum singgah di rumah suspek.

Ketika pembunuhan tersebut berlaku, kandungan Sutton sudahpun berusia 8 bulan. Mengikut rekod kes, Wade dipercayai membunuh Sutton dengan cara mengelar leher dan membelah perut mangsa, selain turut menarik keluar bayi tersebut daripada perut Sutton. Bayi tersebut, Jenasis Bradley bagaimanapun terselamat dan berusia 2 tahun pada minggu depan.

”Saya memohon maaf dan tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penyesalan saya”, kata Wade yang kelihatan menangis ketika menunggu keputusan penghakiman.

Walaupun begitu, Hakim Margaret Clancy tetap menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun ke atas Wade walaupun dia mengakui menyesal dengan perbuatannya. Peguam yang mewakili Wade menyatakan bahawa masalah mental yang tidak dirawat menjadi punca kepada pembunuhan kejam tersebut berlaku.

Bulan lalu, Wade disabitkan dengan tuduhan menculik dan membunuh tahap 2. Ahli panel juri (jurors) mengambil masa kurang daripada lima jam untuk membuat keputusan yang kemudiannya menyaksikan Wade menangis teresak-esak di dalam mahkamah setelah didapati bersalah. Wade bagaimanapun ditenangkan oleh ibu bapa Sutton, mangsa bunuhnya itu.

Sutton

Para juri mengambil masa selama dua minggu untuk mendedahkan butiran kes pembunuhan ngeri tersebut. Menurut butiran tersebut, Wade dipercayai mengelar leher Sutton selain turut menikamnya bertubi-tubi lebih daripada 50 kali. Wade juga dituduh bertindak kejam dengan menarik keluar bayi mangsa selepas membelah perut Sutton.

Kes pembunuhan ini seolah-olah sudah dirancang awal oleh Wade kerana dia berpura-pura sedang hamil berbulan-bulan sementara menunggu masa yang sesuai untuk membunuh Sutton. Wade kemudiannya memberitahu keluarganya bahawa Jenesis, bayi Sutton adalah anaknya sendiri.

Pembunuhan kejam tersebut turut memberi kesan kepada salah seorang juri apabila dilaporkan pengsan selepas melihat gambar-gambar Sutton selepas dibunuh ketika kes sedang dibincangkan.

Pada November 2015, Sutton singgah sebentar di rumah rakan baiknya di Bronx sebelum meneruskan perjalanan ke majlis perkahwinannya.

Wade dipercayai menjemput mangsa untuk masuk ke apartmentnya ketika itu dengan memberitahu mangsa bahawa dia ingin memberi hadiah kepada Sutton sebagai ucapan tahniah.

Pihak berkuasa memberitahu bahawa tindakan Wade mengelar leher mangsa adalah bagi menghalang mangsa daripada menjerit dan menyebabkan rancangannya terbongkar.

Menurut Pembantu Penyiasat Daerah Bronx, Meredith Holtzman yang memberi keterangan ketika proses pembicaraan berkata bahawa Wade perlu membunuh Sutton dan mendapatkkan bayinya bagi menyempurnakan penipuan kehamilannya.

”Defendan menyerang mangsa dengan cara mengelar dan menikam mangsa berkali-kali di bahagian leher dan muka.


”Defendan turut mengelar bahagian peti suara mangsa supaya mangsa tidak boleh menjerit. Salur darah utama mangsa juga turut dipotong.


”Apa yang dilakukan oleh defandan selepas itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Selepas mangsa tidak dapat bersuara dan bergerak, defendan kemudiannya mencapai pisau di dapur sebelum membelah perut mangsa di bahagian bawah.


”Selepas membelah perut mangsa, defendan menarik keluar bahagian rahim (uterus) mangsa keluar sebelum membelahnya untuk mendapatkan bayi tersebut. Bahagia rahim itu kemudian dibuang di bilik mandi”, kata Holtzman.

Gambar dimuatnaik oleh teman lelaki Wade, Wade hantar gambar tipu kononnya dia mengandung

Namun ajaibnya, bayi Sutton tersebut selamat daripada serangan ganas Wade dan kini hamipr masuk ke usia 2 tahun.

Menurut Holtzman lagi, pembunuhan tersebut sememangnya sudah dirancang dan bertujuan untuk mencuri bayi tersebut.

”Dia sudah membeli pakaian bayi, baju bayi, kasut bayi, susu formula, lampin, buaian dan semua yang diperlukan, tetapi dia tidak mempunyai bayi pun.

”Oleh itu, dia perlu membunuh Sutton bagi mendapatkan bayi tersebut”, tambah Holtzman lagi.

Peguam bela Wade, Amy Attias memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh Sutton. Dia turut mendakwa bahawa ”sesuatu yang tidak kena telah berlaku di dalam minda Wade”.

Kes pembunuhan terbongkar selepas teman lelaki Wade yang berkunjung ke rumah suspek menemui Wade berada di sebelah mayat Sutton dengan bayinya itu.

Malah, Wade turut menjerit dengan mendakwa bayi tersebut adalah miliknya ketika ditahan oleh pihak berkuasa.

Pegawai polis New York Police Department (NYPD), Jonathan Polanco Ortiz yang tiba di lokasi kejadian pada tahun 2015 memberitahu mahkamah bahawa pembunuhan kejam tersebut memberi kesan kepada jiwanya.

Ortiz memberitahu bahawa Wade mengaku telah melakukan pembunuhan sebaik sahaja dia melihat kehadiran polis di situ.

Ketika pihak polis bertanya kepada Wade berapa kali dia menikam Sutton, Wade sekadar menjawab dia menikam Sutton seberapa banyak tikaman yang dia mampu.

Bakal suami Sutton turut hadir ke mahkamah ketika pembicaraan berjalan ternyata sebak ketika mendengar butiran-butiran kes dikemukakan.

Sumber : Daily Mail



Sumber

قالب وردپرس

Digelar Jelmaan Zakir Naik Di Malaysia, Ustaz Auni Kata Ilmunya Masih Kurang Untuk Dibandingkan Dengan Tokoh Hebat Itu


Penceramah bebas Ustaz Auni Mohamed, 41, digelar sebagai Zakir Naik Malaysia kerana mahir dalam ketamadunan Islam berserta fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah yang menjadi tarikan serta pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

“Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” katanya.

Beliau yang merupakan guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang mendapat pujian daripada netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Berikutan itu, ada yang beranggapan penceramah bebas ini adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Apa yang mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Jelas anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” tambahnya.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.


“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu.

Tambahnya, beliau begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.


“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Setelah menamatkan pengajian di Mesir, beliau berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Beliau bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Menurut Auni, kebolehan berceramah tanpa membaca kitab serta memberikan fakta yang unik telah dipelajari oleh gurunya iaitu kaedah mengingat.


“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.


“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Tambahnya, beliau bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.


“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.

Sumber – Harian Metro



Sumber

قالب وردپرس