13 Ciri – Ciri Gadis Dambaan Lelaki Mengikut Negeri


Kaum Wanita diciptakan sangat unik dan indah. Ada yang unik, baik dan panas baran pun ada. Namun tahukah anda ciri-ciri wanita berlainan mengikut tempat asal mereka? Maksud kami, ciri – ciri gadis negeri perak tidak sama dengan ciri – ciri gadis johor. Hairan tapi Benar!

Negera Malaysia terdapat 13 negeri yang sendiri mempunyai sesuatu yang sangat unik. Sebagai seorang yang telah menziarahi kesemua 13 negeri malaysia, kami telah memerhati ciri-ciri unik gadis-gadis daripada kesemua 13 negeri itu. Pada masa yang sama, kami telah memerhatikan bahawa hampir kesemua gadis daripada satu negeri akan bersikap atau mempunyai ciri-ciri yang bersamaan, tetapi berlainan dari negeri yang lain. Ini senarai ciri-ciri wanita daripada negeri yang berlainan.

Johor

Gadis Johor adalah wanita yang berdikari dan lapar untuk kejayaan. Mereka biasanya mahu menjadi yang terbaik dalam sukan, pelajaran dan hampir kesemua benda yang mereka lakukan, namum terdapat segelintir wanita yang mendapat markah yang kurang baik, tetapi ini bukan kerena mereka bodoh, tetapi kerena mereka tidak kisah. Apabila gadis Johor perkergi berkerja mereka akan lakukan apa saja untuk ke atas. Mereka juga membuat pasangan yang sangat baik oleh kerena mereka mempunyai emosi yang sangat kompleks. Mereka sangat menyayangi pasangan mereka, tetapi akibat terlalu sayang, kadangkala hubungan menjadi masam. Keseluruhannya, orang Johor banyak bertenaga dan suka mengejar pencapaian. Dapat awek macam Memey memang cun. Tak keluar rumah lah seminggu selepas kahwin. Gadis JB memang terbaik.

Melaka

Gadis melaka merupakan gadis yang sangat simpel. Bukan seperti gadis Johor, mereka jarang mengejar pencapaian. Gadis melaka kadangkala kelihatan seperti membosankan. Namun, ini ialah kerena mereka sebernya didalam dunia sendiri. Mereka suka melakukan kerja mengikut kelajuan diri sendiri. Mereka sangat relaks. Mereka juga tidak suka mengambik risiko. Namun, oleh kerena sikap yang sangat rileks mereka, gadis Melaka sangat senang untuk berkawan dengan. Mereka juga ialah orang yang sangat menyayangi hubungan. Mereka akan membuat kawan yang sangat baik. Masak lomak gadis Melaka memang sodap.

Selangor

Gadis selangor ialah gadis yang lebih ‘atas’. Maksudnya ialah gadis daripada selangor lebih tahu tentang berita-berita terkini. Tambahan, mereka cepat untuk mengadaptasi perkara dan teknologi baru seperti telefon bijak. Namun, akibat sikap yang suka menukar dan ‘high-class’ mereka seperti ashik sibuk dengan banyak perkara. Kadangkala kita tidak tahu apa yang gadis Selangor tengah memikirkan. Fikiran mereka sangat sukar untuk dibaca. Gadis dari Selangor juga bersikap lebih terbuka dan kurang traditional. Mereka sanngup untuk berfikir berlainan daripada gadis-gadis dari negeri lain, asalkan tidak melanggar akidah islam. Gadis Klang paling mantap. Gadis dari Bangi paling ayu dengan tudung Fareedanya.

Kedah

Gadis kedah pandai untuk membuat banyak perkara pada satu masa, iatu ‘multi-tasking’. Mereka boleh menyelesaikan banyak perkara pada masa yang sama seperti memasak sambil menyusukan anak. Namum akibat suka ‘multi tasking’ ini, ramai gadis Kedah mengejar kecantikan. Untuk mereka, keputusan adalah kesemuanya.Mereka menjadi bagus dalam kesemua yang mereka lakukan tetapi mereka tidak special dalam apa-apa pun. Mereka dikatakan seperti the “jack of all trades’. Namun, dalam beberapa kerjaya dan hubungan romantik, sikap ini yang anda perlukan. Anda perlu tahu sedikit tentang kesemua benda. Jika anda seorang gadsi Kedah, kemungkinan besar anda seorang yang banyak membaca dan sangat intelektual. Gadis Kedah juga suka berbahas. Siapa dapat awek dari Sungai Petani, memang mantap. Macam Scha Al Yahya. Memang kelas awek Sungai Petani. Cun beb.

Kelantan/Terengganu

Gadis dari Kelantan/Terangganu adalah gadis yang sangat traditional. Mereka membuat isteri yang terbaik. Mereka pandai memasak dan juga suri rumah yang baik. Mereka adalah role model isteri melayu. Mereka membuatkan isteri melayu yang terbaik. Berkerja keras, pandai membuat kerja rumah, menyanyangi anak dan juga sangat bagus memuaskan suami. Jika anda mendapat isteri dari Kelantan/Terangganu, anda memang bernasib baik. Mereka juga mempunyai fikiran yang sangat simpel. Gadis Terengganu kulitnya halus, banyak makan nasi dagang dan ikan. Kena pandai makan budu baru boleh jadi menantu.

Negeri Sembilan

Untuk Gadis dari negeri sembilan, keluarga ialah perkara yang teramat penting uktuk mereka. Mereka akan membuat ibu yang sangat baik, tetapi mereka tidak suka untuk melepaskan anak mereka akibat terlalu protektif. Mereka juga sangat emotional dan selalu berasa nostalgia. Tambahan, mereka memounyai daya ingatan yang kuat- hampir semua perkara mampu diingati daripada mereka. Gadis-gadis Negeri Sembilan juga sangat sesntif tetapi dengan masa mereka akan menjadi sangat protektif dan seorang yang senang menyayangi orang lain. Untung kalau dapat gadis Jelebu. Tak tahu siang atau malam.

Kepada pasangan kesayangan mereka, Gadis Negeri sembilan sangat lemah lembut. Kadangkala mereka akan naik angin. Namun, mereka membuat pasangan yang sangat baik. Oleh kerena mereka senstif, mereka seperti gadis yang lemah tetapi mereka juga mempunyai lidah yang sangat tajam. Jangan membuat mereka marah.

Pahang

Gadis dari Pahang sangat kreatif, mereka mempunyai sesuatu bakat yang jarang ditemui olehj gadis lain. Namun, mereka senang dipengaruhi oleh kawan dan tidak suka dikritik. Oleh itu gadis dari Pahang harus ditunujuk jalan yang betul kadangkla. Dalam perhubungan, gadis Pahang sangat murah hati dan mempunyai sikap menyanyangi. Namun, kadangkala mereka terlalu sayang kepada orang yang salah. Oleh itu, banyak Gadis dari Pahang senang dilukakan, namun ini tidak akan membuat mereka berhenti daripada menyanyangi atau murah hati lagi. Siapa dapat gadis Lipis memang akan bangga habis. Umpama kahwin dengan gadis persis Siti Nurhaliza. Mak mertua mesti senyum habis.

Perak

Gadis perak ialah gadis yang paling sibuk antara negeri-negri lain. Ini yang kelakarnya, ini bukan kerana mereka suka membuat banyak kerja tetapi mereka terlalu baik hingga menyebabkan mereka membuat kerja untuk perkerja lain. Tambahan pula, mereka tidak pandai untuk pelan membuat kerja. Untung kalau dapat macam Nora Danish. Ramai berebut nak jadi suami.
Gadis dari Perak juga sangat senang untuk memberi pertolongan kepada orang lain. Mereka mampu menjadi hamba abdi kepada seorang yang mereka sangat sayangi. Ini menyebabkan mereka selalu ditipu. Tetapi, mereka ialah kawan yang sangat baik.

Perlis

Gadis perlis kadangkala seperti orang yang paling malas. Namun ini tidak benar. Gadis perlis sebnarnya tahu untuk relax dan membuat kerja dengan perlahan. Oleh itu, kadangkala walapun mereka sangat sibuk, mereka seperti mempunyai banyak masa untuk menyolek diri dan membuat kopi. Kadangkala mereka masih boleh bersantai walaupun masih mempunyai banyak kerja yang belum dilakakan!

Gadis perlis juga sangat romantik. Mereka mahukan perhubungan romtik yang lama, dan penuh dengan komitment. Dan jika mereka tidak mempunyai hubungan seperti ini, mereka akan merasakan yang sesuatu dalam hidup mereka seperti kekurangan. Beruntung kalau siapa dapat gadis dari kawasan Bintong Perlis, cantiknya macam Rita Rudiani. Kulit halus dan putih. Sebab depa makan beras siam dan mandi air sejuk di Perlis

Comments

comments



Sumber

قالب وردپرس

Tahukah Anda Kenapa Kucing Suka Makan Rumput Hijau?


Kucing memakan rumput adalah untuk mengawal hairball ataupun gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut kerana kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.

Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu/hairball.

Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput.

Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut.

Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.

Tetapi, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

Comments

comments



Sumber

قالب وردپرس

Benda Termahal Di Dunia Yang Mampu Capai $6.25 Trillion Per Gram


Tahukah Anda? Bila fikir mengenai barang atau material paling mahal, apa yang terlintas dalam fikiran adalah emas atau berlian, tetapi tahukah anda sebenarnya ada yang lebih mahal dari itu?

15. Gold – $56 per gram

14. Rhodium – $58 per gram


13. Platinum – $60 per gram

8. Lysergic Acid Diethylamide – $3,000 per gram

3. Diamond – $55,000 per gram

Batu yang berharga di Bumi dan merupakan sahabat seorang wanita. proses memotong dan menghasilkan berlian yang sangat rumit dan memerlukan ketelitian tinggi membolehkan nilai setiap berlian mencecah 200 Ribu per gram.

2. Californium – $27 million per gram

Unsur kimia paling mahal yang pernah dihasilkan sejak penemuannya pada tahun 1950. Californium 252 adalah salah satu zat radioaktif yang sering digunakan untuk menghasilkan radiasi gamma. Dalam bidang ketenteraan, Californimum 252 biasanya dimanfaatkan untuk alat peledak. Kegunaan lain dari radiasi gamma Californium 252 adalah sebagai reaktor nuklear.

1. Antimatter – $6.25 trillion per gram

Anti-materi adalah kumpulan partikel yang mempunyai muatan dan struktur yang berlawanan dengan seluruh partikel yang ada di bumi. Harga untuk antimatter sangat mahal bersesuaian dengan posisinya sebagai bahan bakar terkuat di dunia untuk kendaraan angkasa lepas di masa depan.

Comments

comments



Sumber

قالب وردپرس

TERKINI: Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Tanpa Tayar Selepas 6 Jam Berlegar


Labuan: Sebuah pesawat angkut jenis C130 Hercules milik tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengalami detik cemas sebelum berjaya membuat pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan di kekaki pesawat kira-kira jam 5.15 petang sebentar tadi.

Pesawat berkenaan dilaporkan terpaksa berlegar-legar di ruang udara selama enam jam untuk membakar minyak di udara terlebih dahulu untuk mengurangkan berat dan risiko semasa mendarat sebelum berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika ini landasan lapangan terbang terpaksa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

Siakapkeli.my



Sumber

قالب وردپرس

Dunia Akan Berakhir Esok? Ahli Teori Konspirasi Dakwa Planet Nabiru Akan Sebabkan Gempa Bumi Paling Dasyat Berlaku


Pengamal teori konspirasi sekali lagi meramalkan bahawa Bumi akan binasa, kali ini berpunca daripada sebuah planet yang diberi nama Nibiru.

Sebelum ini, seorang ahli numerologi, David Meade mendakwa bahawa planet Nibiru akan melanggar Bumi pada 23 September yang lalu.

Namun selepas tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut, planet Nibiru sekali lagi menjadi mangsa apabila ahli teori konspirasi mendakwa bahawa planet tersebut bakal mencetuskan gempa bumi dahsyat yang menyebabkan kiamat melanda Bumi Ahad ini, 19 November.

Walau bagaimanapun khabar angin tersebut disangkal oleh saintis di National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang mendakwa planet tersebut tidak mungkin wujud.

Dr David Morrison, seorang ahli astronomi di Pusat Penyelidikan NASA Ames berkta, jika planet tersebut menghampiri sistem solar, ia akan mengganggu keseluruhan planet yang ada malah boleh ”melepaskan bulan dari orbit bumi”.

Pengamal Teori Konspirasi yang percaya dengan kewujudan planet Nibiru mendakwa bahawa NASA bersubahat dalam menyembunyikan kebenaran daripada orang ramai sedangkan ”kumpulan elit” dunia sudah pun lari menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bunker rahsia bawah tanah.

Menurut Pengamal Teori Konspirasi ini, planet Nibiru atau Planet X adalah sebuah planet yang terletak di hujung sistem solar yang mengorbit Matahari setiap 3600 tahun.

Mereka percaya bahawa graviti planet tersebut telah mengganggu aktiviti-aktiviti palanet lain beratus-ratus tahun dahulu ketika planet tersebut mengorbit matahari.

Mereka mendakwa lagi bahawa gangguan tersebut boleh mengganggu Bumi pada bila-bila sahaja dengan meramalkan sama ada planet tersebut akan berlanggar dengan bumi atau mencetuskan bala bencana kiamat.

”Jika objek sebesar planet menghampiri sistem solar kita, gravitinya pasti akan mengganggu orbit planet-planet lain yang ada. Malah kita dapat mengesannya jauh lebih awal sebelum ia sempat sampai ke bumi.


”Orbit planet-planet sangat terkawal, dan jika ada planet asing yang menghampiri sistem solar terutama melalui bahagian dalam sistem solar, semuanya akan kacau bilau. Planet-planet ini tidak lagi teratur.


”Bulan sudah pasti tidak lagi mengorbit bumi, dan itu tidak berlaku”, kata Dr Morrison lagi.

Dr Morrison bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk berhujah mengenai planet Nibiru kerana planet tersebut tidak wujud.

Nibiru menjadi subjek tumpuan untuk didebatkan oleh ahli Teori Konspirasi sejak 20 tahun yang lalu. Teori terkini yang mengatakan Bumi akan hancur esok hari mula muncul di laman web Planetxnews.com.

Sekumpulan ahli Teori Konspirasi yang beroperasi di sebalik laman web tersebut mengaitkan kejadian tersebut dengan deretan peristiwa bencana alam yang melanda Bumi sejak kebelakangan ini antaranya kejadian letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Mereka mendakwa bahawa bencana tersebut berlaku akibat tarikan graviti Nibiru dan bilangan kes bencana yang berlaku semakin bertambah disebabkan planet tersebut semakin menghampiri Bumi.

”Aktiviti seismik global sampai kemuncaknya pada dua minggu kedua November menuju ke Disember”, dakwa salah seorang penulis laman tersebut, Terral Croft.

”Gempa bumi diramal akan berlaku pada 19 November ini”, katanya lagi.

September lalu, NASA terpaksa mengeluarkan satu kenyataan penafian mengenai kewujudan planet Nibiru setelah tersebarnya khabar angin mengenai kedatangan kiamat dalam masa terdekat.

”Planet Nibiru yang diperkatakan itu, tidak wujud.


”Nibiru dan pelbagai kisah lain mengenainya hanyalah sensasi internet. Tiada asas kukuh untuk menyokong dakwaan itu (kiamat Nibiru)”, kata NASA dalam kenyataan tersebut.

”Sekiranya Nibiru atau Planet X ini menghampiri bumi, ahli astronomi sudah pasti dapat mengesannya sekurang-kurangnya sejak sedekad lalu. Malah, ketika ini ia sudah pasti dapat dilihat jelas dengan mata kasar.


”Sudah jelas, ia tidak wujud”, kata NASA lagi.

Selepas ramalannya disanggah oleh NASA dan 23 September berlalu tanpa sebarang kejadian, David Meade yang juga penulis di laman web tersebut tampil memberi penjelasan dengan mendakwa bahawa kiamat telah ditangguhkan dan tidak pernah diramal akan melanda Bumi pada tarikh tersebut.

David Meade

Dia sebaliknya mendakwa bahawa tarikh tersebut adalah pemulaan kepada pengakhiran, bukannya tarikh pengakhiran.

Walaupun kekurangan bukti, namun masih ramai yang mempercayai bahwa planet Nibiru sebenarnya wujud hingga memaksa komuniti sains memberi penjelasan berulang kali untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Sumber : Daily Mail



Sumber

قالب وردپرس

Kami Bukan Warga Asing Seperti Dalam Berita, Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami – Afiqah Ismail


Dua beranak kesal apabila dikatakan kedai yang diusahakan mereka didakwa disewakan kepada warga asing di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, perkhabaran itu sampai ke pengetahuan mereka apabila terdapat sebuah akhbar harian pada Jumaat melaporkan bahawa segelintir penduduk tempatan di situ seolah-olah mengkhianati projek yang dibina pihak berkuasa dengan tujuan meningkatkan ekonomi mereka, tetapi premis tersebut disewakan kepada pihak ketiga.

Tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar kedai mereka dengan keterangan yang mendakwa ia diusahakan peniaga warga asing.

Jelas Afiqah Ismail 29, pihaknya menafikan dakwaan tersebut kerana dia dan ibunya telah menjalankan perniagaan berkaitan insurans dan cukai jalan serta kedai jahit di situ sejak lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dia telah dilahirkan di Kluang Johor, manakala ibunya berasal dari dari Bandar Baharu, Kedah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menggaji pekerja asing atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

“Terkejut bila tengok gambar kedai kami bagi menunjukkan premis warga asing. Kami orang tempatan, dah lama menetap di Kuala Lumpur. Siapa pula warga asing?

“Gambar yang diambil pun sudah tiga empat tahun lepas, untuk artikel yang disiarkan hari ini,” katanya.

Akan tetapi, Afiqah tidak menolak kebenaran laporan itu bahawa terdapat peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Peringatan ya, bukan semua peniaga. Jangan babitkan kami yang peniaga Melayu yang 

Kenyataan tersebut mampu membuat perniagaan mereka terjejas kerana mereka sudah mempunyai pelanggan tetap berikutan ia diusahakan warga tempatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah wanita tempatan dan mereka lebih selesa untuk buat ukuran badan dengan pengusaha wanita. 


“Memang ada orang Bangladesh, Indonesia yang mungkin menjadi pekerja atau mengusahakannya, tetapi bukan kami. Itu mungkin di kedai lain. Jangan palitkan semua peniaga,” tegasnya.

Disamping itu, dia meminta  akhbar harian tersebut supaya membuat pemberitahuan berhubung kesilapan menyiarkan gambar kedainya.

“Janganlah siarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan periuk nasi kami. Harap akhbar tersebut membuat pembetulan bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

Sumber – mStar



Sumber

قالب وردپرس

”Allah..Umi..Abah”, Ucapan Pertama Pelajar Tahfiz Selepas 168 Hari Koma




”Allah..Umi..Abah”.

Tiga kalimah itulah yang pertama keluar dari mulut pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 17, selepas 168 hari terlantar di hospital.

Mohd. Izahar Kassim, 49, berkata secara tiba-tiba sahaja mereka mendengar anak kedua daripada lima beradik itu memanggilnya dan isterinya, Jahsuriawany Mustapha, 45, awal pagi semalam.

“Syukur sangat-sangat kerana sudah lama kami sekeluarga menunggu untuk dengar suara Faiz, sejak sedarkan diri awal Julai lalu dia sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.


“Walaupun tidak boleh bercakap sempurna lagi dan hanya kedengaran bunyi yang perlahan, kami anggap ia sebagai hadiah tidak ternilai,” katanya lagi.

Mohd Izahar turut menambah bahawa sudah lebih dari lima bulan anaknya dirawat dihopital dan semalam adalah kali pertama mereka mendengar suaranya berulang kali menyebut nama Allah selain memanggil umi dan abah.

Muhammad Faiz adalah antara tujuh mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini.

Pada 2 Jun lalu, Muhammad Faiz bersama-sama 14 orang lari pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al-Hashimi terlinat dalam kemalangan selepas bas yang dinaiki mereka terbebas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai yang mengorbankan 7 nyawa.

Mereka yang terkorban adalah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 ; Sarifuddin Muhammad, 14; Ahmad Farhan Zul­kif­li, 14 dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.

Akibat kemalangan tersebut, Muhammad Faiz mengalamai kecederaan pendarahan dalam kepala dan  patah dua tempat di bahagian tulang belakang hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan skru.

Sumber : Kosmo Online



Sumber

قالب وردپرس

”Dahlah Fitnah, Bodoh Pula, Saya Tak pernah Sebut Kenyataan Itu,” Menteri Lapor SKMM Info Grafik Berunsur Fitnah Guna Namanya


Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui akaun twitternya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Selain memberitahu bahawa tiada keperluan untuk dia mengulas mengenai isu harga minyak kerana bukan berada di bawah tugas kementeriannya, Ahmad Maslan turut menyatakan bahawa kenaikkan harga minyak bukan ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya ia bergantung kepada harga minyak dunia.



“Info grafik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 


“Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan,” katanya melalui kemas kini di twitter.

Dalam satu kemas kini yang lain pula, Ahmada Maslan turut memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (SKMM) supaya mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah tersebut.



“Pegawai saya juga akan membuat laporan polis. Kita mesti perangi fitnah media sosial, semak sebelum sebar dan fikir sebelum tular. 


“Saya harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan,” katanya.

Info grafik tersebut mula tersebar dalam media sosial dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pengguna selepas peningkatan harga minyak selama lima minggu berturut-turut.

Rabu lalu, harga runcit minyak petrol dan diesel diumumkan naik lima hingga tujuh sen dari harga minggu sebelumnya.

Harga runcit bagi RON 97 adalah RM 2.66 (naik 6 sen), RON 95 adalah RM 2.38 (naik 7 sen) dan Diesel adalah RM 2.25 (naik 5 sen).

Sumber : mStar





Sumber

قالب وردپرس

Sebelah Kanan Adalah Otak Kanak-Kanak Kurang Kasih Sayang Dan Sentuhan Ibu Bapa


Anak-anak sememangnya memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Mereka akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Mungkin sesetengah ibu bapa terlalu sibuk sehingga kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

Anak-anak memerlukan perhatian, belaian dan kasih sayang yang secukupnya. Kekurangan perhatian dan kasih sayang ini mampu membuat mereka tidak mampu membesar dengan sihat.

Berdasarkan perkongsian Taufiq Razif, terdapat perbezaan tumbesaran otak kanak-kanak yang mendapat perhatian berbanding dengan kurang mendapat perhatian.

Dasyatnya Kesan Pada Otak Jika Anak Selalu Diabaikan!


Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.


Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!


Nak anak bijak dan sihat otaknya?


Balik rumah nanti terus :

  • Peluk anak
  • Bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
  • Gosok ubun-ubun anak
  • Tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
  • Tutup TV dan banyakkan bermain bersama
  • Banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
  • Banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
  • selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka

Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!

Sila ke Telegram Channel ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif saya supaya tak terlepas ilmu parenting yang lebih penting ye.

Memetik laporan Ahli neurologi, profesor Allan Schore dari UCLA menegaskan perkembangan sel otak berkait rapat dengan kesan interaksi diantara penjaga (ibu bapa).

Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa interaksi yang positif akan menggalakkan perkembangan otak yang lebih responsif dan sihat.

Kekangan pertumbuhan otak yang disebabkan oleh pengabaian dan pelbagai jenis penderaan bergantung kepada beberapa perkara.

Lebih teruk penderaan dan pengabaian tersebut, maka lebih teruklah kerosakan pada otak.

80 peratus sel otak dibentuk dua tahun pertama selepas dilahirkan. Jika pertumbuhan tersebut diganggu, maka kerosakannya akan menjadi kekal.

Sumber – Taufiq Razif, The Telegraph



Sumber

قالب وردپرس

Shahir Masih Mengigau Setiap Malam, Seolah-olah Mahu Lari Dari Katil – Ibu


Kuala Lumpur:  Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat menjelaskan anaknya sering terjaga di tengah malam kerana mengalami trauma yang mendalam selepas tragedi itu.

“Setiap malam jam 1 hingga 3 pagi anak saya akan mengigau dan seolah-olah mahu lari daripada katilnya akibat masih trauma. Dia kini dalam rawatan dengan pakar psikiatri akibat trauma keterlaluan kerana tragedi kebakaran itu,” kata Datin Nor Faizah Arifshah, 43, ibu kepada Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Muhammad Shahir antara enam pelajar yang terselemat dalam tragedi yang mengorbankan nyawa 21 rakan dan dua orang gurunya yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, jam 5.15 pagi, 14 September lalu.

Menurut Nor Faizah, anaknya yang melecur 20 peratus dibahagian belakang dan tulang rusuk patah sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini anak saya kerap mengigau dan menangis setiap kali tidur malam menyebabkan kami terpaksa menghantarnya mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri.


“Doktor mengesahkan anak mengalami trauma terlalu dalam akibat tragedi itu. Setiap malam dia mengigau seperti mahu lari daripada katil menyebabkan saya kena memeluknya serta menenangkan dengan perkataan ‘adik dah selamat, umi ada sebelah”, katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Nor Faizah berkata, bagaimanapun, anaknya tidak serik dan masih ingin meneruskan pengajian di pusat tahfiz itu yang akan mula beroperasi bulan depan.

“Ketika doktor meminta anak meluahkan perasaannya bagi mengurangkan trauma, dia hanya mahu berjumpa ustaz di pusat tahfiz berkenaan dan saya faham mungkin dia lebih selesa dan memerlukan sokongan daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan, pihaknya bersyukur kerana 15 pelajar terselamat sudah menyatakan persetujuan untuk meneruskan pengajian di pusat berkenaan dijangka awal bulan depan.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang masih yakin dengan kami dan menyatakan persetujuan menghantar anak mereka untuk diasuh sempurna dengan kalimah suci Allah SWT.


“Malah, kita juga menerima 100 permohonan baru daripada pelajar untuk memasuki pusat tahfiz ini tetapi kami perlu melakukan temu duga terlebih dulu. Berdasarkan kapasiti bangunan baru hanya mampu menempatkan 60 pelajar saja,” katanya.

Jelasnya, bangunan baru itu masih dalam proses penambahbaikan mengikut garis panduan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Proses ubah suai mungkin memakan masa antara dua hingga tiga bulan namun kami sudah mempunyai penempatan sementara untuk pelajar ini.


“Bangunan lama yang terbakar juga akan diubah suai untuk dijadikan pusat pengajian kitab turath. Doakan semoga semua usaha kami ini dirahmati Allah,” katanya.

Sumber- Harian Metro



Sumber

قالب وردپرس