Gaya Hidup, Semasa, Viral

Wanita Filipina Kehilangan Telefon Semasa Menggunakan Uber, Pemandu Pulangkan Dengan Bunga dan Donat

Wanita Filipina Kehilangan Telefon Semasa Menggunakan Uber, Pemandu Pulangkan Dengan Bunga dan Donat

Seorang wanita Filipina yang kehilangan telefonnya semasa perjalanan Uber gembira bukan kepalang apabila pemandu itu memulangkannya, berserta kejutan bunga dan donat!

Wanita itu, yang menggunakan nama @__cklucas di Twitter, berkongsi kisah pemandu Uber ini pada minggu lepas di Cainta, Filipina.

“Saya kehilangan telefon bimbit saya, tetapi terima kasih kepada pemandu Uber yang sangat baik hati untuk mengembalikannya!”

 

 

Dia menambah, “Saya menyebabkan masalah kepadanya, tetapi dia masih memberi saya bunga dan donat.”

 

 

Dia bergurau kemudian, “Saya hendak menangis. Selepas semua yang terjadi ,Pemandu Uber itu memberi saya bunga. “

Sementara itu, pengguna twitter yang lain mengusik bahawa pemandu itu mungkin ingin memperisterikannya:

 

 

 

 

Wanita ini @__cklucas nampaknya bernasib baik. Sebagai sebahagian daripada polisi Uber, syarikat atau pengendalinya, bertanggungjawab untuk barang yang ditinggalkan di dalam kenderaan selepas perjalanan.

Seorang penumpang yang telah meninggalkan barang selepas perjalanan digalakkan untuk menghubungi pemandu dengan menghantar nombor untuk dihubungi. Sekiranya telefon yang ditinggalkan, nombor rakan boleh digunakan sebagai alternatif.

“Sila ambil perhatian bahawa jadual peribadi pemandu anda akan terjejas dengan mengambil masa untuk mengembalikan barang anda kepada anda,” tulis Uber. “Kami ada di sini untuk membantu, tetapi tidak dapat menjamin bahawa pemandu mempunyai barang anda atau boleh segera menyerahkannya kepada anda.”

Baca : Wanita Beri Kawan Lelaki RM630,000 Supaya Menjauhkan Diri Darinya Selepas Tak Tahan Diganggu

Sumber : Nextshark

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.