Gaya Hidup, Hiburan

Cara Nak Buat Sampul Duit Raya Sendiri Masa Kecemasan Untuk Raya Nanti

Foto: Celoteh Adkdayah

Sekiranya anda pernah memberi duit raya, anda mungkin pernah mengalami situasi cemas ini – sampul duit raya habis digunakan atau esok dah raya tapi sampul duit raya tak sempat beli lagi.

Bagaimanapun, situasi itu boleh dielakkan jika anda tahu bagaimana caranya untuk membuat sampul duit raya sendiri.

Sebelum bermula, anda perlu bersedia dengan empat benda ini iaitu:

  • Kertas A4
  • Pencetak (Printer)
  • Gunting
  • Gam

Muat Turun Templat

Pertama sekali, pastikan anda memuat turun templat boleh-cetak sampul duit raya yang ada di internet. Terima kasih kepada penyedia-penyedia templat ini. Kredit diberikan di setiap templat.

Templat 1 [kredit: inmystudio.com.au] – Muat Turun

 

Templat 2 [kredit: inmystudio.com.au] – Muat Turun

Ataupun jika anda mempunyai kepakaran untuk mengedit gambar, boleh guna templat dibawah. Tempat dibawah menggunakan saiz angpow, jadi boleh setkan sendiri saiz supaya menjadi kecil semasa mencetak nanti.

Cetak 

Ketika saat-saat memerlukan, cetak tempat-templat tersebut mengikut saiz dan kuantiti yang dimahukan. Kemudian, potong menggunakan gunting mengikut keratan yang telah disediakan.

Selesai proses pengguntingan, gamkan sudut-sudut yang tersedia bagi menjadikan kertas tersebut sampul sebelum digunakan untuk memasukkan wang.

Siap, anda kini tidak perlu lagi malu-malu bagi duit raya 1 ringgit tanpa sampul.

Satu lagi langkah kecemasan yang boleh diambil adalah beli sampul surat coklat kecil-kecil tu untuk masukkan duit raya.

Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.