Gaya Hidup, Hiburan

(Video) Juara Liga Kali Keempat Kini JDT Dimata Dunia, Ucapan Tahniah Muncul Di Iklan Semasa Live Chelsea Menentang Nottingham Forest


Peminat bola sepak tanah air sudah pasti tahu bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah bergelar Juara Liga Super 2017 sejak 5 Ogos yang lalu sekalipun tewas kepada pasukan Selangor pada malam tersebut.

Kejayaan tersebut memang menjadi kebanggaan warga Johor khususnya kerana berjaya merangkul gelaran juara liga buat kali keempat berturut-turut. Tahun lepas, JDT sudahpun mencipta rekod apabila menjadi pasukan pertama yang melakar hatrik dalam memenangi gelaran juara liga.

Namun, kali ini JDT sekali lagi membanggakan bukan sahaja peminat bola sepak di Johor, tetapi turut membanggakan Malaysia apabila ucapan tahniah atas kejayaan tersebut terpapar di iklan semasa perlawanan siaran langsung antara Chelsea menentang Nottingham Forest.

Ucapan yang bebunyi “Congratulations to Johor Darul Ta’zim FC From Carabao” itu datang dari Carabao selaku penaja Piala Carabao yang sebelum ini dikenali sebagai Piala EFL.

Tahniah JDT.

Manakala ini video asal semasa live yang tidak disunting,

Sumber : The Sukan



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.