Mitos, Sejarah

Obor-Obor Paling Berbisa Di Dunia


Irukandji Jellyfish adalah Obor-Obor yang terkecil di dunia. Besarnya ialah lebih kecil dari duit syilling 5 sen. Selalunya ia ada di kawasan Australia, Perairan British, Jepun, Florida dan beberapa tempat. Ada juga yang kata ia ada di Pantai-Pantai Penang. Irukandji Jellyfish ialah Obor-Obor yang paling berbisa di dunia. Ia terlampau berbisa sehingga pakar perubatan ada gelaran penyakit sempena nama Obor-Obor ini iaitu Sindrom Irukandji.

Rupanya yang terlalu kecil, Kepalanya sebesar suku duit syilling 5 sen tetapi tentacle dia agak panjang, iaitu sepanjang 1 meter, Mengikut kajian, bisa Obor-Obor ini adalah paling bahaya, 100 kali ganda lebih teruk dari Cobra dan 1000 kali ganda lebih teruk dari Tarantula. Obor-Obor ini amat susah nak dilihat sehinggakan beberapa pantai di Australia terpaksa ditutup kerana bahayanya obor-obor ini.

Jika anda terkena sengat Irukandji ini, dalam dua minit badan anda akan jadi panas, seluruh muscle dalam badan anda akan tegang sehinggakan tidak boleh bergerak. dalam 15-20 minit selepas itu, muka anda seperti tebakar, rasa muntah, pening yang amat teruk, sakit belakang yang teruk dan mudah pengsan atau lebih teruk. koma.jika tidak dirawat dengan sempurna, mangsa sengat ini akan meninggal dunia dalam kurang 30 minit. Inilah dipanggil Sindrom Irukandji.

Malangnya juga, tiada ubat untuk menyembuhkan sengatan Irukandji ini, Doktor hanya boleh memberikan Cuka, Antibiotik dan beberapa Vaksin hanya untuk melegakan sakit itu, bukan menyembuhkannya, Ada juga beberapa kes kesemua ubat di atas tidak memberi apa-apa perubahan.

Di Australia ada lebih dari 4000 kes setahun manusia terkena sengatan Irukandji ini, hampir 1500 pesakit meninggal dunia dan 1900 menjadi cacat seumur hidup akibat sengatan Obor-Obor ini, yang lain pulih tetapi masih sakit dan diperlukan rawatan setiap bulan.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dengan beberapa binatang yang bahaya seperti ini, Irukandji Jellyfish ini lebih bahaya dari Box Jellyfish, salah satu Obor-Obor yang berbisa juga



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.