Mitos, Sejarah

Bagaimana Alaska Boleh Jadi Sebahagian Daripada USA?


Pada tahun 1867, Empayar Rusia telah menjual wilayah Alaska kepada Amerika Syarikat pada harga AS$7.2juta (AS$120juta/2014). Hanya dalam masa 50 tahun, Amerika Syarikat telah meraih keuntungan lebih 100 kali ganda daripada jumlah tersebut, dan memandangkan tarikh penjualan tersebut sedang menghampiri tahun ke-150, sudah tentunya Amerika Syarikat telah mendapat hasil kekayaan yang sangat besar. Dengan prasarana minyak dan gas asli, ia melahirkan satu soalan yang aneh:

Kenapakah pihak-pihak monarki Rusia melepaskan sebidang tanah bersaizkan lima kali ganda berbanding Malaysia dengan begitu sahaja?

Ramai yang berfikir bahawa Amerika Syarikat telah mencuri Alaska daripada pihak Rusia, atau menyewanya tetapi tidak mengembalikannya. Dengan ada berbagai-bagai andaian, kedua-dua pihak mempunyai sebab yang kukuh ketika rasminya perjanjian Alaska ini.

a) Alaska sebelum penjualan

Pada abad ke-19, Rusia-Alaska merupakan induk kepada perhubungan antarabangsa. Ibu kotanya (Novoarkhangelsk (sekarang Sitka)) mempunyai pelbagai pedagang yang menjual fabrik-frabik China dan teh. Ais juga berada dalam senarai perdagangan tersebut, sejenis sumber yang diperlukan Selatan Amerika Syarikat sebelum penciptaan peti ais.

Kapal dan kilang telah dibina, dan sumber arang pula dilombongkan. Pada ketika ini, ramai sudahpun tahu tentang kewujudan emas di sana.

Pedagang-pedagang Rusia juga dibawa ke Alaska demi industri kulit memerang laut daripada puak-puak asli Alaska dan gading anjing laut yang mempunyai sama nilai dengan gading gajah. Perdagangan pula kebanyakan dibuat oleh Syarikat Russo-Amerika (Russian-American Company – RAC), yang merupakan usaha asas penjelajah-penjelajah Alaska yang terdiri daripada usahawan-usahawan Rusia, penjelajah dan peniaga.

Syarikat inilah yang menguasi perlombongan dan sumber alam Alaska. RAC mampu mendaftarkan perjanjian-perjanjian perdagangan bersama negara-negara lain, dan mereka juga mempunyai bendera dan matawang tersendiri mereka (“marks” kulit).

Kelebihan-kelebihan ini dikurniakan khas daripada kerajaan Tsar Aleksandr III. Dan kerajaan Empayar bukan sahaja memungut cukai yang sangat besar daripada RAC, mereka juga memegang saham yang sangat besar, dimana Tsar dan Monarki merupakan pemegang-pemegang utama.

Mungkin tiada siapa yang sedari kewujudan minyak dan gas asli; tetapi, dengan prasarana emas dan arang, semestinya ia merupakan satu perkara yang SANGAT GILA untuk menjual Alaska pada harga yang begitu menghinakan.

Bayangkanlah, dengan pembelian AS$120juta (nilai sekarang), hasil kekayaan Alaska terkini adalah AS$50bilion (415 kali ganda daripada nilai pembelian). Takkan pula Empayar Rusia begitu dangkal sekali, padahal mereka telahpun menempuhi berbelas-belas peperangan, bersama Empayar Uthmaniyah, Parsi, Perancis (Napoleon) dan berbagai pihak lagi, seperti Imamiyah Kaukasus, Kanat Avar dan Circasia.

b) ‘Tsar’ Alaska

Penguasa penempatan Rusia di Amerika Utara merupakan pedagang yang bernama Aleksandr Baranov. Beliau membina sekolah-sekolah dan kilang-kilang dan mengajar masyarakat asli teknik-teknik penanaman rutabaga dan ubi-ubi.

Beliau juga membina kubu-kubu. Pembinaan stesen-stesen perkapalan telah mengembangkan perdagangan kulit memerang.

Dibawah Aleksandr Baranov, RAC telah meraih perkembangan keuntungan melebihi 1,000 peratus. Dan apabila Baranov meletakkan jawatan atas faktor usia, beliau digantikan dengan seorang leftenan-kapten, yang menukar struktur pengurusan dari segi pekerja dan pemilik saham antara orang-orang tentera. Atas usaha mereka inilah yang membawa kepada keruntuhan RAC.

Gaji-gaji mereka pula telah ditetapkan pada perkadaran yang sangat tinggi – pegawai-pegawai biasa mendapat gaji yang sama banyak dengan menteri-menteri dan senator-senator sendiri, dan penguasa RAC sendiri mendapat 100 kali ganda berbanding gaji mereka.

Mereka membeli kulit bulu pula pada harga yang telah diseparuhkan, yang menyebabkan orang-orang Eskimo dan Aleut memburu memerang laut pada kadar yang tidak terkawal sehingga berjaya menghapuskan populasi mereka.

Apabila tiada sumber ekonomi, masyarakat asli telah memberontak, dan senjata-senjata mereka berjaya ditundukkan melalui bedilan-bedilan ketenteraan laut Empayar Rusia.

RAC memulakan pergantian industri kulit bulu kepada ais dan teh, tetapi para-para pengusahawan pula tidak mampu menstrukturkan industri ini secara efektif. Kebuntuan RAC memuncak apabila Perang Crimea bermula, dimana Empayar-Empayar Britain, Perancis dan Uthmaniyah tidak memihak kepada Empayar Rusia. Peperangan ini merupakan pucuk kepada konflik pertembungan kuasa-kuasa besar, bukannya sepertimana yang orang Islam radikal berfikir, iaitu “keagresifan kafir terhadap umat Islam”.

Ia juga berpunca akibat tuntutan-tuntutan Rusia kepada Sultan Turki atas kepentingan Kristian Ortodoks dibawah Empayar Uthmaniyah, termasuk juga akibat penggeseran gereja-gereja Ortodoks Rusia dan Katolik Rom di Palestin. Apa-apa pun, Perang Crimea ini merupakan bukti yang kukuh bahawa Empayar Rusia tidak mampu membantu Alaska – laluan lautan pula dipelopori pihak-pihak Bersekutu (Britain). Prospek perlombongan emas bermula merudum. Wujud juga kerisauan bahawa kekuasaan British mampu menyekat Alaska.

Hubungan diplomasi antara Moscow dan London mula bertambah rumit, tetapi hubungan bersama Amerika Syarikat pula elok sahaja. Rusia dan Amerika pun turut membentuk idea terbaru untuk menjual Alaska; jadinya Baron Eduard de Stoeckl, duta Rusia di Washington, membuka perbincangan bersama William Seward, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (John Kerry, ketika ini) dibawah suara Monarki Rusia.

c) Bendera Empayar Rusia “Tidak Mahu” Turun

Pada ketika ahli-ahli birokrasi sedang berbincang, rakyat kedua-dua negara ini menentang perjanjian ini. Kongres Amerika Syarikat turut tidak bersetuju dengan pembelian ini
“Mana mungkin kita beri tanah yang kita sendiri penat kembangkan?” – media Rusia.

“Untuk apa Amerika perlu ‘kotak ais’ bersama 50,000 orang-orang Eskimo liar yang bersarapankan dengan minyak ikan?” – media Amerika Syarikat.

Tetapi pembelian ini telah dimuktamadkan pada Mac 30, 1867, di Washington Daerah Kolumbia (Washington D.C.), pada harga AS$0.02 setiap ekar – mengumpulkan AS$7.2juta untuk kawasan 1.5juta hektar.

Bendera Rusia mula diturunkan di Novoarkhangelsk dengan bunyi meriam kehormatan. Tetapi, secara simboliknya, bendera Rusia tersangkut ketika penurunannya sehingga seorang kelasi terpaksa memanjat untuk menurunkannya, dan lebihan simbolisme memuncak apabila bendera tersebut, secara tidak sengaja, jatuh diatas pisau-pisau senjata Rusia.

Mungkin ia merupakan petanda buruk, atau kebetulan semata-mata, tetapi biar kita dan anak-anak kita mengira keuntungan-keuntungan Amerika Syarikat di sebalik pembelian ini. Pihak Amerika mula membentuk semula pembinaan bandar, dibawah nama Sitka (sebelum ini, Novoarkhangelsk). Dan beberapa ribu rakyat Rusia yang tidak memilih jalan kewarganegaraan Amerika pulang ke “Motherland” setahun kemudiannya.

d) Konklusi

Tidak lama selepas itu, emas mula membanjiri beratus-ratus juta dolar dari segi keuntungan kepada Amerika Syarikat – keuntungan yang mungkin mampu diraih oleh Rusia hanya jika RAC tidak dipimpin oleh beruk-beruk berlencanakan ketenteraan yang mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi dan kedangkalan perancangan.

Akhirnya, kawasan yang dikenali sebagai “kotak ais” dan perjanjiannya “kebodohan Seward” telah mendatangkan rezeki juga. Ia merupakan kejayaan yang besar kepada Amerika Syarikat, yang telah berkembang daripada 13 Koloni mereka dengan pembelian Louisiana, berdekad-dekad sebelum Perjanjian Alaska ini.

Walaupun Amerika Syarikat gagal menjulang Ontario dan Quebec pada tahun-tahun seterusnya, mereka berjaya memegang Texas dan California daripada Republik Pertama Mexico.

Perancangan mereka adalah untuk menuntut seluruh Wilayah Pasifik mereka sehingga ke Alaska, tetapi perjanjian Oregon terpaksa ditemui untuk membahagikan Amerika Syarikat dan Amerika Utara British (Canada).

Kesudahan Perang Saudara Amerika Syarikat membenarkan ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk melahirkan fokus kepada perkembangan yang mendatangkan usaha kearah Perjanjian Alaska.



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.