Gaya Hidup, Hiburan

Masalah Gigi Berlubang Boleh Ancam Nyawa, Jom Periksa Gigi


Jika anda pernah mengalami masalah sakit gigi, anda pasti sedar bahawa ia adalah sesuatu yang amat menyiksakan, malah kadang-kadang boleh buat seseorang itu cepat ‘naik angin’.

Kalau masa sekolah dulu, gigi kita sedikit terjaga apabila sering menerima kunjungan ‘cik misi’ ke sekolah untuk merawat gigi kita kan? Bagaimana pula bila kita dah bekerja, tentu sebahagian kita tidak mengambil berat penjagaan gigi kan. Kadang-kadang sakit cuma makan ubat yang dibeli sendiri ataupun masalah gigi berlubang dibiar tidak dirawat.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Naqiuddin Bin Ahmad Moin, telah berkongsi bahaya yang mungkin dihadapi seseorang itu jika membiarkan masalah gigi berlubang tidak dirawat. Jom ikuti perkongsiannya.

AWAS, JIKA ANDA ADA GIGI BERLUBANG KERANA IA BOLEH MENGANCAM NYAWA.

Siapa pernah ada gigi berlubang? Angkat tangan sikit.

Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa didapati di dalam dunia ni. Hampir setiap orang yang kita jumpa pernah ada masalah gigi berlubang. Jika dikesan awal, boleh lagi diselamatkan dengan ditampal. Tapi jika dibiarkan tidak dirawat. Komplikasi paling teruk ialah kehilangan nyawa. Bahaya kan?

Sebab hari ni Dr Q rujuk kes muka bengkak sampai ke mata ke pakar bedah mulut disebabkan jangkitan dari gigi yang rosak, jadi rasa nak kongsi tentang bahana gigi berlubang.

Siapa yang ada inisiatif awal untuk tampal gigi jika ada masalah gigi berlubang?

Jika anda orangnya, SYABAS Dr Q ucapkan!

Ok, ini adalah fasa-fasa komplikasi akibat gigi berlubang.

FASA PERTAMA

Ini jika gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar. Anda akan rasa sensitif lebih lebih lagi bila minum air sejuk. Jika begini boleh sahaja tampal biasa.

FASA KEDUA

Ini jika lubang telah sampai ke saluran akar gigi. Anda akan rasa sakit yang amat sangat sehingga mengganggu tidur. Jika begini, mungkin anda perlu rawatan saluran akar jika gigi masih boleh ditampal.

FASA KETIGA

Ini jika jangkitan telah berada dihujung akar dan nanah telah terbentuk sehingga bengkak gusi dan bila dipicit, nanah akan keluar. Anda mungkin akan berasa sakit ataupun tidak. Rawatan dia sama juga seperti fasa kedua.

FASA KEEMPAT

Ini sudah dikira fasa serius iaitu, bahagian muka atau bawah dagu membengkak. Bengkak bila dipegang terasa keras dan sakit. Sebenarnya di dalam bengkak itu terkandung nanah. Perlu manjalani incision and drainage (boleh lihat video dibawah) iaitu perlu dibelah untuk keluarkan nanah.

FASA KELIMA

Ini ialah fasa yang paling serius iaitu jika bengkak telah menghalang saluran pernafasan. Anda akan sukar untuk bernafas. Kes ini dinamakan ludwig angina. Perlu rawatan kecemasan segera di hospital. Jika dibiarkan tanpa rawatan, mungkin nyawa akan melayang.

Jadi, siapa yang ada masalah gigi berlubang yang kecil tu, boleh cepat-cepat tampal. Jom periksa gigi.

Sumber : Naqiuddin Bin Ahmad Moin



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.