Gaya Hidup, Hiburan

Kanak-Kanak Lalui Detik Cemas Dicekik Lelaki Afrika Sebelum Diselamatkan Pengawal Keselamatan


Seorang kanak-kanak perempuan melalui detik-detik cemas apabila dicekik oleh seorang lelaki warga Afrika sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru, Puchong.

Rakaman video menunjukkan lelaki berusia linkungan 30 an menjerit dan bertindak gila dalam kejadian yang belaku pada jam 5 petang Sabtu lalu hingga menjadi tular dan membimbangkan orang ramai.

Jeritan kanak-kanak perempuan tersebut bagaimanapun berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman tersebut yang datang kemudian membelasah lelaki Afrika itu. Lelaki tersebut berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut seorang lelaki yang ada di tempat kejadian, dia adalah individu terawal yang berada di tempat kejadian dan melihat lelaki Afrika itu mencekik kanak-kanak perempuan tersebut. Dia bagaimanapun tidak sempat merakam insiden terbabit kerana panik serta berusaha memanggil pengawal keselamatan.

Namun, saksi tersebut sempat merakam kejadian yang berlaku selepas kanak-kanak perempuan tersebut berjaya diselamatkan.

Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat 3 kanak-kanak sedang mandi di kolam namun sempat melarikan diri ketika insiden tersebut berlaku. Kehadiran pengawal berjaya menyelamatkan keadaan sekaligus mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Sumber : myMetroShiddiq Zwei 



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.