Gaya Hidup, Hiburan

“Cangkuk Hanger Itu Dah Termasuk Dalam Tekak Anak Aku,” Bahaya Hanger Yang Ibu-Ibu Tidak Tahu


Jadi seorang ibu ini perlulah sentiasa ada sikap pemerhati yang lebih terutama kepada anak-anak. Biasanya kita tak kisah dengan barang-barang sekeliling anak kita sebabnya, kita tak nampak bahaya. Tapi bila dah jadi barulah kita tahu bahawa barang itu bahaya dekat anak kita.

Sebelum nak tinggalkan anak-anak tu, kena tengok dulu sekeliling mereka, mana lah tahu kalau ada barang yang bahaya. Lebih baik jauhkan semua barang-barang dari anak kita, terutama yang masih tidak boleh berjalan dan bercakap. Ikuti perkongsian daripada Info Ibu Hamil mengenai hanger yang memudahkan ibu-ibu tapi mampu memudaratkan anak-anak.

JUST SHARING. sharing is caring right. This happen at me and aku tak nak jadi pada anak orang lain pulakk.

 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Hanger.

Hanger ni memang bagus, menyenangkan kerja. Tapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan anak-anak kita. Seelok-eloknya sorokkanlah dari baby/ kanak-kanak yang tak tahu apa-apa lagi tuu. Kalau anak terjumpa hanger masa tengah berlegar2 kat rumah tu pun tolonglah ambil hanger tu kalau anak tak nak bagi rampas je biar dia menangis jangan kita yang menangis kemudian hari. Memang tak sangka hanger tu boleh jadi berbahaya untuk anak-anak kita. Tapi kita tak tahukan. Sekarang macam-macam boleh terjadi. Nak tahu sebab apa aku kata hanger ni bahaya untuk baby?

Tragedi bermula waktu aku tengah berborak dengan ibu aku, yakni nenek Iris, Iris macam biasalah, main-main dekat sebelah aku and sebelum tu aku dah check memang tak ada benda kecil yang senang ditelan atau apa-apa yang berbahaya kat tempat Iris bermain tu. Yang ada cuma hanger sahaja, so aku pun biarkan Iris main-main sebab aku memang tak terfikir langsung hanger tu boleh memudaratkan Iris.. So aku sambung borak…

Tiba-tiba aku dengar anak aku batuk-batuk macam nak termuntah. Bila aku toleh pada anak aku, Ya Allah… dugaan apa ni… aku nampak cangkuk hanger tu dah termasuk dalam tekak anak aku. Iris hanya ternganga tak mampu menangis. Bibir Iris dah bertukar biru. Hanger tu betul2 tersangkut macam dekat ampaian baju tapi yang jadi pengampainyaa tu anak aku sendiri, orang yang paling aku sayang, nyawa aku 😰😰 Automatically darah aku mengalir laju, tanpa banyak cakap aku pun tawakal (nampak memang macam tak boleh keluarkan cangkuk hanger tu sebab dia melengkung) tapi aku tawakal jugak, aku dah tak fikir apa masa tu, terus aku grab tangan anak aku supaya dia tak tepis tangan aku,(untuk pengetahuan korang ayah Iris tak ada kat rumah masa tu, kalau dia ada mesti tak jadi kes ni) then aku dongakkan kepala Iris and tarik cangkuk hanger tu dengan berhati-hati supaya tekak Iris tak terluka.

Alhamdulillah,cangkuk tu dapat keluar dengan mudah walaupun nampak sangat susah nak keluar. Lepastu Iris pun menangis sekuat kuatnyaa (maybe sebab terkejut and sukar bernafas sebelum tu). Aku terus check tekak dia takut ada darah ke apa alhamdulillah tekak dia okay. Aku memang nak bawa pergi hospital tapi beberapa minit lepas tu anak aku dah lincah macam biasa, dan melasak balik macam tak ada apa yang berlaku, so aku pun batalkan lah niat nak ke hospital tu… Nasib baik aku cepat perasan and cepat bertindak. Kalau tidak…Allah, tak dapat aku nk bayangkan.

Aku jadikan kes tu satu pengajaran, tak semua benda yang nampak tak bahaya tu boleh bagi anak main tapi aku bukan saja-saja memang bagi Iris main hanger, tak dia jumpa hanger tu sendiri, dan aku pun malas nak rampas hanger tu sebab memang tahu perangai Iris kalau kita tak bagi dia main sesuatu dia nak dia akan tantrum. So, bagi aku selagi barang tu tak membahayakan atau mudah ditelan aku akan biarkan dia main.😌😌

Allah nak tunjukkan yg aku perlu lebih berhati-hati and be more concern pada Iris. Tapi aku masih tak boleh terima macam mana Iris boleh tertelan cangkuk hanger tu. Bila difikir balik, Iris pun memang banyak akal so no wonder lah. Takpelah, benda dah nak jadi and dah lepas dah pun. Iris pun Alhamdulillah sihat walafiat sekarang😊so jadikan sebagai pengajaran, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan teladan….yedokkkkk (dalam bulatan cangkuk yang tersangkut kat tekak iris.)

Sumber- Info Ibu Hamil



Sumber

قالب وردپرس

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.